2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 1:43 PM

26Sabtu,Januari

Terus mencarum hingga umur 75 tahun

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Feb ini, tempoh tanggungan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja dan majikan akan dilanjutkan daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun.

Ketua Bahagian Pembangunan Operasi KWSP Hizwani Hassan berkata arahan itu melibatkan semua ahli KWSP yang berusia sehingga 75 tahun sama ada yang belum pernah atau pernah mengeluarkan wang caruman semasa berumur 55 tahun.

"Di bawah inisiatif 'Bukan Hanya Simpanan' yang diperkenalkan, ia memberi peluang kepada ahli berumur 55 dan ke atas untuk terus bekerja serta meningkatkan simpanan semasa persaraan," katanya pada taklimat media berhubung simpanan asas dan perubahan kadar KWSP di sini, Jumaat.

Hizwani berkata bagi ahli yang berumur 55 hingga 75 tahun, caruman mereka ialah 50 peratus daripada kadar caruman wajib, 11 peratus yang dicarum ahli biasa KWSP, manakala caruman majikan untuk mereka ialah enam peratus iaitu separuh daripada caruman majikan untuk pekerja biasa.

Beliau berkata dividen akan dibayar sehingga ahli berusia 75 tahun bagi menggalakkan ahli mengeluarkan kesemua simpanan untuk membiayai persaraan selaras dengan tanggungan mencarum sehingga umur 75 tahun.

Bagaimanapun, katanya, simpanan yang tidak dikeluarkan selepas umur 75 tahun akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli berumur 80 tahun.

Selain peningkatan tempoh mencarum, Hizwani berkata KWSP turut melaksanakan Simpanan Asas untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli yang membolehkan mereka menerima sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara atau RM120,000 ketika berumur 55 tahun.

"Dengan pembaharuan ini ahli dibenarkan melabur tidak lebih 20 peratus daripada simpanan dalam akaun satu yang melebihi simpanan asas menerusi institusi pelaburan yang diluluskan. Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan sekali dengan jumlah minimum RM1,000," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Ibrahim Taib berkata pembaharuan itu akan memberikan peluang kepada ahli untuk melabur pada umur lebih muda untuk mengurangkan risiko kerugian modal berikutan tempoh pelaburan yang lebih panjang.

"Walaupun lebih ramai orang boleh membuat pelaburan, ahli kena membuat keputusan sendiri untuk melabur dan jangan ada desakan daripada mana-mana pihak," katanya.

Ibrahim berkata KWSP membenarkan ahlinya melabur melalui beberapa dana antaranya Amanah Saham Didik, Unit Trust dan Tabung Haji. - Bernama


try , Sabtu, Januari 26, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog