Taman Negara Loagan Bunut miliki sistem ekologi, hidupan berubah ikut musim, simpan khazanah berusia 7,000 tahun
KUCHING: Sarawak mempunyai 18 taman negara yang sudah diwartakan termasuk Taman Negara Loagan Bunut yang terletak di Miri, bahagian utara negeri ini.
Namun keunikan taman negara seluas 10,000 hektar itu terletak pada tasiknya yang mampu kering sehingga enam kali setahun.
Keluasan permukaan tasik itu mencecah 650 hektar pada musim tengkujuh, namun ketika musim kemarau, ia kering kontang sehingga dasarnya merekah.
kejadian itu lazimnya berlaku sekitar Februari, Mei dan Jun.
Ciri unik bermakna Taman Negara Loagan Bunut yang berusia sekitar 7,000 tahun mempunyai sistem ekologi dan hidupan yang mungkin berbeza dengan taman negara lain.
Terdapat 22 spesies mamalia menjadikan taman itu sebagai habitat semula jadi mereka, selain 182 spesies unggas, 36 kelawar, 34 reptilia, 23 amfibia dan 77 ikan.
Pada masa sama, Loagan Bunut satu-satunya taman negara yang memilik tanah jenis gambut. Setakat ini, ia satu daripada dua kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan tanah gambut bertaraf dilindung sepenuhnya di Sarawak.
Hakikat bahawa 71 peratus daripada tanah gambut terletak di Sarawak, bermakna perwartaan Loagan Bunut sebagai taman negara amat bertepatan.
Dianggarkan terdapat 500 spesies flora dan fauna di taman itu yang mempunyai potensi nilai perubatan.
Sesetengahnya memang sudah digunakan secara meluas sebagai perubatan tradisional di kalangan penduduk tempatan sejak ratusan tahun lalu.
Dari segi lain, taman negara itu kaya dengan nilai sejarah, sosial dan antropologi kerana ia turut didiami suku yang primitif seperti Penan, Berawan dan Iban.
Terdapat beberapa kubur lama dianggarkan berusia lebih daripada seratus tahun ditemui di sekitar taman itu.
Ia sebenarnya memberi gambaran mengenai gaya hidup masyarakat berkenaan ratusan tahun lalu.
Menyedari kepentingan dan potensi Loagan Bunut dari segi bioteknologi dan farmasutikal khasnya, Kerajaan Sarawak bekerjasama melalui badan antarabangsa iaitu Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) bagi projek Hutan Paya Gambut (PSF).
Loagan Bunut satu daripada tiga tapak pilihan UNDP/GEF, selain di Sabah dan Pahang sejak tahun 2002. Projek itu menelan belanja RM22 juta.
Pengarah Perhutanan, Datuk Len Talip Salleh berkata Kerajaan Sarawak sentiasa komited memelihara alam semula jadi di negeri ini.
Katanya, kerjasama dengan UNDP/GEF menghasilkan 14 strategi dan 60 pelan tindakan bagi menguruskan taman negara itu.
Pelan itu mengambil kira penemuan saintifik melalui kajian terperinci oleh pakar bidang hidrologi, flora, fauna, sosio-ekonomi yang dilantik khas.
Strategi itu terkandung dalam buku bertajuk pelan pengurusan bersepadu Taman Negara Loagan Bunut yang diumumkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini. Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Sementara itu, Taib berkata, Sarawak berharap lebih banyak kawasan semula jadinya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) terutama Taman Negara Loagan Bunut.
Setakat ini, hanya Taman Negara Mulu di Miri, utara Sarawak sudah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia beberapa tahun lalu.
"Ini kerana Sarawak mempunyai kawasan yang kaya dengan biodiversiti yang unik dan pengiktirafan seumpamanya akan memastikan lebih banyak usaha penyelidikan dibuat di negeri ini," katanya.
FAKTA: Menarik mengenai Tasik Loagan Bunut
- Tasik air tawar semula jadi terbesar di Sarawak
- Satu-satunya taman negara yang terletak di tanah gambut
- Kuantiti dan sistem ekologi tasik berubah mengikut musim
- Asal usulnya dikaitkan dengan mitos suku Berawan terkena sumpahan pada zaman dulu.
FAKTA NOMBOR: Loagan Bunut
- 7,000 - Tahun anggaran usia taman
- 10,000 hektar - Keluasan kawasan
- 22 spesies - Mamalia mendiami taman negara itu
- 182 spesies - Unggas
- 36 spesies - Kelawar
- 34 spesies - Reptilia
- 23 spesies - Amfibia
- 77 spesies - Ikan.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Januari 09, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tasik kering 6 kali setahun silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "