Tinjauan Utusan Malaysia di Petaling Jaya mendapati bagi perjalanan tiga kilometer (km), kadar tambang sehala meningkat daripada RM50 kepada RM60.
Di Bangi, tambang bas dilaporkan melonjak sebanyak RM5 untuk perjalanan sehala. Jika dahulu ibu bapa membayar RM25 untuk perjalanan sehala sejauh satu setengah kilometer, kini tambangnya naik kepada RM30.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Chee Ah Tey mengakui sesetengah ahli persatuan itu menaikkan kadar tambang bas sekolah kerana khuatir harga diesel meningkat dan bas sekolah yang berusia melebihi 12 tahun tidak dibenarkan disewa.
Menurut beliau, gejala itu berlaku di Lembah Klang sekarang dan beliau bimbang ia akan merebak ke seluruh negara menjelang Februari dan Mac ini.
‘‘Pihak persatuan memang tidak bersetuju dan menasihati ahli agar jangan menaikkan tambang.
“Pertamanya, kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan harga diesel.
‘‘Keduanya, pihak persatuan menerusi bantuan Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee bercadang mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu sewa bas sekolah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas punca kenaikan tambang, beliau menjelaskan, para pemandu bas sekolah tidak dapat mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti sewa kerana kebanyakan bas milik mereka telah berusia lebih 15 tahun.
‘‘Mereka tidak berupaya menampung kos operasi dengan hanya bergantung kepada tambang bas. Lebih-lebih lagi sekarang wujud spekulasi kencang mengatakan harga diesel akan dinaikkan,’’ ujarnya.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata, tindakan menaikkan tambang tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah menyalahi undang-undang.
‘‘Jika dikesan berbuat demikian, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bas sekolah yang ingkar,’’ katanya. - Utusan (Oleh AU YEONG HOW)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Januari 07, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tambang bas sekolah naik 20% silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "