Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Hamza Mat Taib, berkata beliau pernah beberapa kali menegur anggotanya yang menyaman pemandu tanpa menggunakan alat pembaca MyKad.
Bagaimanapun, katanya itu tidak bermakna anggotanya langsung tidak boleh menyaman pemandu jika mereka melakukan kesalahan lain kerana mereka masih boleh meneliti aspek lain termasuk cukai jalan dan menyaman kesalahan yang jelas seperti melanggar peraturan lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan kesalahan meletak kenderaan.
“Alasannya cukup mudah, semua maklumat lanjut ada di dalam MyKad. Bagi saya, ia cukup senang, kalau tak ada alat pembaca kad, jangan saman... buat apa nak pertikaikan kerana semua sudah ada di dalam cip itu.
“Jika kita tidak mempunyai pembaca kad itu, buat apa nak bertekak dengan pengguna jalan raya sedangkan kita mempunyai pilihan lain. Itu boleh dikecualikan kerana kita mempunyai pilihan,” katanya kepada Berita Minggu.
Pada Jun 2007, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz mengumumkan kira-kira 70 peratus daripada 90,000 anggota polis dilengkapi alat pembaca butiran MyKad dan sudah menerima 66,230 alat berkenaan.
Alat itu mampu meningkatkan keupayaan dan keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan MyKad palsu yang dimiliki rakyat asing dan pasukan itu merancang membekalkannya kepada 90 peratus anggota dan pegawai.
Mengenai penggunaan alat pembaca MyKad untuk anggota trafik, Hamza berkata, ketika ini 60 peratus daripada kira-kira 4,500 pegawai dan anggotanya sudah dilengkapi kemudahan itu.
“Kami jangka semua anggota akan menerima alat itu tahun ini dan ketika ini, semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sudah memilikinya. Jika menggunakan alat ini, tugasan lebih mudah, selaras penggunaan teknologi diperkenalkan kerajaan,” katanya.
Selain itu, pihaknya juga sedang menguji pakai sejenis alat pembaca kad khas berteknologi tinggi dikenali sebagai ‘tricube’ yang membolehkan anggotanya terus menyemak data peribadi individu kerana ia dihubungkan terus dengan data sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Katanya, menerusi penggunaan alat canggih itu, semua data termasuk senarai saman, waran tangkap, individu dikehendaki polis boleh disemak serta merta di lokasi tempat operasi.
“Kita sudah uji dan menggunakannya untuk pasukan peronda di semua lebuh raya dan ia sangat berkesan. Cuma ada beberapa aspek yang perlu dibaiki misalnya untuk mengatasi masalah mendapatkan isyarat pemancar terdekat,” katanya. - Oleh Mohd Azis Ngah
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Januari 07, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tak boleh saman pemandu tunjuk MyKad silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "