Jumaat : 11 April 2025   
@ 13 Syawal 1446H / 5:57 AM

11Jumaat,Januari

Singapura Kekal Sebagai Pelabuhan Tersibuk Dunia

SINGAPURA, 10 Jan, - Singapura dilihat masih mengekalkan statusnya sebagai pelabuhan paling sibuk di dunia.

Sektor maritimnya mencapai rekod baru menerusi pertumbuhan berganda tahun lepas dari segi jumlah ketibaan kapal, jualan bunker, pengendalian kontena dan pendaftaran kapal di bawah bendera Singapura.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Singapura dan Menteri Luar Kedua, Raymond Lim sempena majlis sambutan Tahun Baru anjuran Yayasan Maritim Singapura malam ini.

Lim berkata jumlah muatan kapal mencapai 1,459 juta gross tons (GT) tahun lepas, naik 11 peratus daripada 1,315 juta GT pada tahun 2006.

Beliau berkata kapal kontena menjadi penyumbang terbesar iaitu 36.1 peratus dari jumlah ketibaan kapal diikuti kapal tangki di tempat kedua yang menyumbang 30.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Pengendalian kontena mencecah 27.9 juta TEUs tahun lepas, melonjak 12.7 peratus daripada 24.8 juga TEUs berbanding tahun sebelumnya.

Lim berkata jumlah pengendalian kargo tahun lepas naik 7.8 peratus untuk mencapai 483.4 juta ton.

Beliau berkata jumlah penjualan bunker melepasi 30 juta ton buat pertama kali untuk mencecah 31.5 juta ton.

Jumlah jualan tahun lepas meningkat 11.2 peratus berbanding pada 2006.

Jumlah muatan kapal yang berdaftar di Singapura turut meningkat sebanyak 13.8 peratus untuk mencecah 39.6 juta sehingga akhir Disember, kata Lim.

Mengulas mengenai prestasi baik itu, Ketua Eksekutif Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Tay Lim Heng berkata pencapaian memberangsangkan itu mengukuhkan pelabuhan tersebut sebagai pelabuhan hab global.

Ia juga menggambarkan kejayaan perkongsian antara MPA dan pihak industri seiring dengan kemajuan Singapura sebagai pusat maritim antarabangsa, katanya. - (Bernama)
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Januari 11, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog