/

Singapura Bina Rangkaian Rel Baru $20 Bilion

SINGAPURA, 25 Jan. - Singapura akan membelanjakan $20 bilion bagi membina rangkaian rel baru dan menyambung sistem rel sedia ada bagi menghubungkan seluruh bahagian pulau ini dalam tempoh 12 tahun akan datang.

Sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk melancarkan pergerakan dan mengurangkan waktu menunggu dan perjalanan, apabila siap kelak, projek ini akan menjadikan laluan rel sepanjang 138km yang ada sekarang kepada 278km.

Menteri Pengangkutan Raymond Lim berkata rangkaian rel ini dijangka meningkatkan jumlah penumpang yang menggunakan kaedah pengangkutan itu sekarang daripada 1.4 juta orang kepada 4.6 juta pada 2020.

Ketika melawat sebuah depot pengangkutan di sini hari ini, beliau berkata menjelang 2020, mereka yang tinggal, membeli-belah atau bekerja di bandar raya ini hanya perlu berjalan sejauh 400 meter atau selama lima minit ke stesen MRT (mass rapid transport) yang berhampiran.

"Perjalanan di bandar raya ini akan menjadi mudah kerana kami akan memiliki rangkaian stesen MRT yang banyak seperti yang ada di London dan New York hari ini," katanya.

Lim berkata dua rangkaian rel baru akan dibina - satu yang menghubungkan Marina Bay di tengah bandar raya ini dengan Woodlands di utara dan satu lagi, juga menghubungkan Marina Bay dengan Changi di bahagian timur pulau ini - yang merentasi kawasan kediaman yang kini tidak mempunyai stesen MRT.

Laluan rel berkenaan - "Thomson Line" dan "Eastern Region Line" - masing-masing akan mula dibina menjelang 2018 dan 2020, katanya.

Mengenai penyambungan terhadap laluan North-South dan East-West Lines sedia ada, beliau berkata, pembinaannya akan siap sekitar 2015.

North-South Line, yang kini berakhir di stesen Marina Bay akan disambung ke arah selatan bagi menampung keperluan pembangunan di kawasan selatan Marina Bay seperti terminal baru kapal pelancong di Marina South.

East-West Line yang kini berakhir di Boon Lay pula akan disambung sejauh 14km lagi hingga ke Tuas berhampiran Link Kedua, yang menghubungkan republik ini dengan Johor. - Bernama

try , Sabtu, Januari 26, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog