Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 12:53 AM

24Khamis,Januari

Setelah Dua Minggu Hilang, Mungkinkah Fizikal Sharlinie Berubah?

PETALING JAYA, 23 Jan. - Setelah dua minggu kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, 5, polis tidak menolak kemungkinan akan ada perubahan pada fizikal kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad berkata berdasarkan pada kes-kes kehilangan kanak-kanak yang dijumpai sebelum ini, kemungkinan perkara tersebut berlaku, memang ada.

"Mungkin boleh berlaku (perubahan fizikal Sharlinie) sebab dah dua minggu hilang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Pada April tahun lepas, adik Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, ditemui, dengan kepalanya dibotakkan oleh pasangan Myanmar yang menjaganya sepanjang 15 hari kehilangan kanak-kanak itu.

Sementara itu, fizikal dan wajah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mayatnya pada September tahun lalu juga sukar dikenal pasti oleh kedua ibu bapanya berikutan rambutnya yang dipotong pendek serta beberapa perubahan lain.

Arjunaidi berkata polis terus menggiatkan usaha mengesan Sharlinie dengan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan sehingga kini lebih 3,000 buah rumah di sekitar Petaling Jaya diperiksa sejak dilancarkan Isnin lepas.

"Kita akan cuba melakukan pemeriksaan sebanyak 1,000 buah rumah setiap hari. Jika ada rumah yang telah kita periksa, namun kita masih rasa curiga.. kita akan lakukan pemeriksaan sekali lagi," katanya.

Katanya Pasukan Gerakan Am (PGA) masih membantu dalam usaha tersebut yang meliputi semua kawasan perumahan awam dan rumah kongsi pekerja asing.

Sebuah helikopter milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) disediakan bagi membantu mengesan lokasi-lokasi yang berpotensi memberi petunjuk.

Ditanya sama ada polis mahupun ibu bapa Sharlinie masih menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu, Arjunaidi berkata: "Sekarang dah tak ada lagi, namun maklumat orang ramai yang sama-sama membantu mengesan mangsa masih banyak kita terima."

Sejak berita kehilangan Sharlinie dilaporkan pelbagai pihak datang membantu dan terbaru melibatkan 100 orang bomoh dari beberapa buah negeri tampil semalam bagi mengesan Sharlinie menggunakan kaedah tradisional. - Bernama
.
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, Januari 24, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog