
Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut agama Hindu.
"Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sekali," katanya dan pengumuman beliau itu disambut tepukan gemuruh lebih 21,000 anggota dan penyokong MIC yang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Badminton Kuala Lumpur di sini.
Sebelum ini, Thaipusam merupakan cuti umum bagi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.
Masyarakat India, terutama di Kuala Lumpur, telah lama mengharapkan kerajaan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum dan ketika merasmikan Pesta Ponggal di Jalan Masjid India malam tadi, Perdana Menteri berjanji untuk menimbangkan permintaan mereka.
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu merakamkan penghargaannya bagi pihak kaum India atas keputusan kerajaan itu.
Beliau memberitahu BERNAMA sejurus selepas pengumuman itu bahawa MIC mengharapkan Thaipusam dijadikan cuti umum bagi seluruh negara, namun parti itu tetap gembira walaupun ia hanya melibatkan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi negeri-negeri lain, Samy Vellu berkata beliau akan berbincang dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri mengenainya.
Cuti umum itu akan membolehkan lebih ramai penganut agama Hindu, khususnya dari Selangor dan Kuala Lumpur, berkumpul di Batu Caves untuk menyambut Thaipusam tahun ini, katanya.
"Saya sendiri tidak perlu menghadiri mesyuarat Kabinet Rabu ini kerana Putrajaya juga bercuti. Maka saya akan berada di Batu Caves nanti," kata Menteri Kerja Raya itu.
Sudah lebih sedekad MIC memohon Thaipusam dijadikan cuti umum.
Samy Vellu berkata dia telah membincangkan perkara itu dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu lepas supaya Thaipusam diisytiharkan sebagai cuti umum, setidak-tidak di Kuala Lumpur. - Bernama
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Januari 21, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Perdana Menteri Isytihar Thaipusam Cuti Umum Di Kuala Lumpur, Putrajaya silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "