/

Penggunaan minyak global 1,014 tong sesaat

TAHUKAH anda bahawa masyarakat global pada tahun ini dijangka menggunakan sebanyak 1,014 tong minyak mentah setiap sesaat.

Keadaan itu menyebabkan permintaan bagi bahan api itu terus melambung melebihi pengeluaran.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), purata penggunaan minyak mentah global pada tahun 2008 adalah sebanyak 87.61 juta tong sehari, meningkat daripada 86.03 juta tong pada tahun 2007.

Berdasarkan pengiraan itu, masyarakat global pada tahun ini akan menggunakan sejumlah 1,014 juta tong minyak mentah pada setiap saat atau 3.65 juta tong dalam sejam.

Angka tersebut meningkat berbanding purata penggunaan pada tahun lalu iaitu sebanyak 996 tong sesaat atau 3.58 juta tong sejam.

Penggunaan komoditi tersebut pada tahun ini juga dijangka melebihi pengeluaran, sama seperti pada tahun lalu dengan masyarakat global menggunakan minyak simpanan sebanyak 90,000 tong sehari pada tahun ini berbanding 920,000 tong sehari pada tahun 2007.

Secara umumnya, semua pihak maklum bahawa faktor-faktor geopolitik dunia seperti serangan pengganas, ketegangan berterusan di Asia Barat dan keadaan ketidaktentuan cuaca global, mendorong kepada peningkatan harga minyak, berikutan kekurangan bekalan.

Namun begitu, terdapat tekanan-tekanan bercorak fundamental yang sebenarnya menyebabkan kenaikan harga bahan api itu.

Pertamanya, pertumbuhan ekonomi global pada purata sebanyak 4.5 setahun, walaupun kuasa ekonomi dunia - Amerika Syarikat (AS) mengalami kegawatan ekonomi, mempengaruhi permintaan ke atas komoditi itu.

Ini termasuk meningkatnya jumlah kereta baru yang didaftarkan ketika ini sebanyak 14,000 unit sehari selain permintaan minyak mentah oleh China yang dijangka terus meningkat sekurang-kurangnya lima peratus pada tahun ini berikutan pertumbuhan pesat ekonomi di negara itu, kata IEA.

Sehubungan itu, IEA meramalkan dalam jangka sederhana, permintaan minyak global pada puratanya akan meningkat sebanyak 2.2 peratus setahun dan menjelang tahun 2012, permintaannya akan mencecah 95.8 juta tong sehari berbanding 87.52 juta tong sehari pada tahun ini.

Faktor kedua yang menyebabkan peningkatan harga minyak, menurut IEA, ialah terdapatnya penurunan pengeluaran komoditi itu antara tiga hingga empat peratus dari lapangan-lapangan minyak yang sedia ada setiap tahun.

Kawasan-kawasan pengeluaran minyak yang telah matang dan pengeluaran dari projek-projek penggalian minyak di laut dalam pula mengalami penyusutan paling teruk iaitu pada kadar 15 peratus hingga 20 peratus setahun.

Bagi menampung penyusutan itu, kata IEA, industri minyak perlu menambah pengeluaran sehingga tiga juta tong setahun, bagaimanapun, syarikat-syarikat minyak global ketika ini menghadapi masalah untuk mencari lokasi-lokasi baru pengeluaran.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada kenaikan harga minyak dunia adalah kerana negara-negara pengeksport minyak sendiri memerlukan bahan api itu untuk keperluan sendiri yang terus meningkat.

Sebagai contoh, Indonesia, walaupun sebuah negara pengeluar minyak yang menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), tetapi terpaksa mengimport bahan api tersebut berikutan meningkatnya permintaan terhadap komoditi itu bagi keperluan domestik.

Selain itu, negara pengeksport minyak seperti Mexico dijangka mengalami masalah sama seperti Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, peneraju perbankan di Amerika Utara, Canadian Imperior Bank of Commerce (CIBC) dalam laporan penyelidikannya, baru-baru ini melaporkan bahawa negara-negara seperti Rusia, Mexico dan anggota-anggota OPEC akan menurunkan eksport minyak mentah sehingga 2.5 juta tong sehari menjelang tahun 2010 dan jumlah itu adalah hampir menyamai jumlah simpanan minyak global ketika ini iaitu sebanyak 2.536 juta tong sehari.

Berdasarkan faktor-faktor tersebut, agensi-agensi industri petroleum dan syarikat-syarikat kewangan terkemuka dunia mula mencongak tentang harga purata minyak mentah global pada tahun ini berbanding harga purata komoditi tersebut pada tahun lalu iaitu AS$71.70 (RM240.09) setong.

Goldman Sachs menjangka harga purata minyak mentah bagi tahun ini akan berada pada paras AS$95 (RM318) setong, Merill Lynch pula berkata, harga purata komoditi itu adalah pada paras AS$105 (RM351.60) setong, sementara Lehman Brother Holdings meramalkan harga minyak akan berada pada paras AS$84 (RM281.28) setong dan kerajaan Arab Saudi menjangkakan harganya akan berada pada paras AS$75 (RM251.44) setong.

Berdasarkan unjuran-unjuran dan faktor-faktor tersebut tidak mustahil harga minyak mentah dunia pada tahun ini akan melepasi paras AS$100 setong. - Oleh KAMARULZAIDI KAMIS (Utusan)

.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Januari 02, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog