RIYADH: Beribu-ribu penduduk Riyadh menggeletar menahan kesejukan, apabila bandaraya itu yang sebelum ini disifatkan sebagai antara ibu negara paling panas di dunia, tiba-tiba dilanda suhu dingin sehingga mencecah paras beku.
Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca Pusat, Hassan Al-Qahtani, berkata walaupun suhu pada waktu siang di Riyadh minggu lalu ialah kira-kira 12 darjah Celsius, suhu pada waktu malam berubah dengan pantas sehingga ke paras 0 darjah Celsius.
"Keadaan suhu musim dingin kali ini dijangka menjadi lebih buruk dalam tempoh beberapa hari akan datang dan suhu dingin berterusan yang melanda Arab Saudi sejak bulan lalu berterusan sehingga minggu depan," katanya.
Beliau berkata bahagian utara negara itu adalah yang paling teruk terjejas akibat suhu dingin dengan bandaraya Tabuk, Arar dan Hail dilanda salji untuk kali pertama sejak bertahun lalu, menyebabkan banyak sekolah terpaksa ditutup, manakala beberapa masjid mengadakan solat khas.
Hassan berkata suhu luar biasa ini mungkin disebabkan tekanan tinggi di bahagian utara Arab Saudi yang mengakibatkan tiupan angin barat laut beralih arah ke kawasan bertekanan rendah.
Pada masa sama kota Makkah dilanda hujan lebat semalam dan ia dijangka melanda banyak lagi bandaraya lain di negara itu terutama di sebelah timur.
"Banyak laporan media menyatakan bahawa musim dingin kali ini adalah yang paling teruk melanda Arab Saudi dalam tempoh empat dekat, tetapi ia tidak benar," katanya.
Beliau berkata Riyadh pernah keadaan lebih dingin pada 1992 apabila suhu yang dicatatkan ketika itu ialah -4. Jeddah juga pernah mengalami suhu lebih dingin dengan suhu -11 darjah Celsius pada sebelah petang tahun yang sama.
Suhu paling dingin pernah dicatatkan di Madinah ialah 1 darjah Celsius pada 1973, manakala wilayah Qassim mengalami suhu 4 darjah Celsius sepada 1992.
Pejabat kaji cuaca melaporkan bahawa suhu paling dingin pernah dicatatkan di Arab Saudi sejak 40 tahun lalu ialah di Turaif, iaitu 11 darjah Celsius. - Agensi
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Januari 14, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Penduduk Riyadh dilanda kesejukan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "