
Pengarah Eksekutif MIER, Prof. Emiritus Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, persoalannya sekarang ialah bila masanya kerajaan akan memutuskan hendak berbuat demikian.
Lebih menyulitkan keadaan, ujarnya, keputusan menurunkan subsidi, sekali gus menaikkan harga minyak petrol memberi implikasi politik, khususnya menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sekarang.
Katanya, kenaikan harga minyak adalah pisau bermata dua kerana di satu tangan, ia memberi manfaat kerana hasil daripadanya memberi pendedahan baik kepada ekonomi dan baik untuk untuk perolehan kerajaan.
Namun di satu tangan lagi, ujarnya, ia tidak baik untuk ekonomi negara secara umumnya kerana ia memberi impak inflasi, kos pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi global pula lembap.
‘‘Kenaikan minyak bagus untuk ekonomi tetapi nampaknya pada masa ini, tidak bagus untuk politik (menjelang pilihan raya),’’ katanya semasa membentangkan laporan kajian MIER bagi suku keempat tahunan ekonomi Malaysia di sini hari ini.
Dr. Mohamed Ariff berkata, ketegangan berterusan di Asia Barat dan dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang galak dengan retorik di rantau tersebut mengakibatkan harga minyak global kekal di paras tinggi.
Harga minyak mentah global pernah mencecah paras tertinggi dalam sejarah dunia iaitu AS$100 (RM330) setong dan kini berlegar di paras AS$90 (RM297) setong.
Beliau berkata, jika kerajaan mahu terus menanggung subsidi untuk jangka masa panjang, ia juga akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Ini kerana, katanya, subsidi bernilai RM35 bilion itu bersamaan dengan jumlah peruntukan bagi pembangunan negara.
Kepada satu soalan, beliau berkata, jika ditanya kepada syarikat-syarikat minyak dan pengendali stesen-stesen minyak, harga minyak mungkin menyaksikan kenaikan sebanyak 80 sen menjadi RM2.72 seliter berbanding sekarang RM1.92 seliter.
‘‘Bagaimanapun, MIER merasakan kenaikan harga petrol wajar dinaikkan antara 30 sen hingga 40 sen berdasarkan harga minyak mentah global yang kini pada harga AS$90 (RM297) setong,’’ kata Dr. Mohamed Ariff.
Menurutnya, kenaikan harga minyak pasti memberi impak kepada kadar inflasi.
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Jumaat, Januari 18, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang MIER: Kenaikan minyak sukar ditangguh silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "