/

Mafrel Cadang Hakim Dilantik Sebagai Pengerusi SPR

KOTA BAHARU, 11 Jan, - Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel), sebuah badan bebas bagi memantau proses pilihan raya di negara ini hari ini mencadangkan supaya hakim dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa depan.

Pengerusi Mafrel, Abdul Malek Hussin berkata pemilihan individu yang mempunyai latar belakang kehakiman adalah sejajar dengan keinginan rakyat agar SPR lebih telus.

Katanya, cadangan itu telah dibawa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk dipertimbangkan.

"Mungkin ia boleh dimulakan selepas tempoh perkhidmatan pengerusi SPR yang ada sekarang (Tan Sri Abdul Rashid Rahman) berakhir.

"Kita harap pengerusi SPR dipilih dari kalangan sitting judge (hakim yang sedang berkhidmat) pada masa depan kerana kita percaya mereka mampu menterjemah keadilan dan bebas daripada politik dengan sebaik-baiknya," katanya.

Abdul Malik bercakap kepada pemberita selepas perasmian Bengkel Pemantau Pilihan Raya ke-12 di sini.

Katanya, amalan melantik hakim (sebagai pengerusi SPR) telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk Bangladesh, Pakistan dan India.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Mafrel telah menyenarai pendek beberapa kawasan parlimen dan Dewan Undangan negeri (DUN) di seluruh negara yang dikategorikan sebagai `panas' kerana ada tokoh utama yang bertanding dan memerlukan pemantauan lebih rapi pihaknya semasa pilihan raya.

Katanya, kerusi parlimen yang dijangka panas ialah lapan di Kelantan, enam di Terengganu dan lima di Pahang. Beliau tidak mendedahkan nama kawasan.

Sehubungan itu, katanya, pada pilihan raya kali ini, sekurang-kurangnya seorang sukarelawan Mafrel akan diletakkan di setiap peti undi seluruh negara.

Berhubung penambahbaikan sistem yang bakal dilaksanakan SPR pada pilihan raya ke-12 termasuk penggunaan tanda dakwat di jari dan kotak undi lut sinar, Mafrel menganggap ia sesuatu perubahan yang positif dalam memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bebas dan adil. - (Bernama)

.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Januari 12, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog