Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad berkata remaja berumur 16 tahun itu ditahan pukul 6.30 pagi di rumahnya.
"Remaja itu ditahan berdasarkan siasatan lanjut ke atas panggilan-panggilan telefon yang diterima oleh bapa mangsa. Polis percaya beliau cuba mengelirukan dan mempermainkan keluarga mangsa dan polis," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Selasa.
Siasatan awal mendapati remaja terbabit menghubungi keluarga Sharlinie beberapa kali sejak kehilangannya dan turut membuat tuntutan ganjaran.
Arjunaidi berkata tangkapan remaja itu merupakan yang pertama membabitkan tuntutan wang ganjaran dan polis turut merampas bahan bukti daripada remaja itu.
Beliau berkata remaja itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
"Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 (Kanun Keseksaan kerana menculik) kerana kita mahu pastikan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam kes tersebut. Ini juga adalah ingatan dan amaran keras kepada orang ramai supaya tidak mempermainkan siasatan polis. Namun begitu, masyarakat tidak perlu takut untuk menyalurkan maklumat asalkan ianya benar," kata Arjunaidi.
Semalam, polis menahan seorang pembantu rumah warga asing berumur 27 tahun di Johor Baharu kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu kepada keluarga Sharlinie sejak hari pertama kehilangannya.
Antara kandungan SMS itu ialah mengenai perasaan dendam, keadaan Sharlinie serta memberitahu akan memulangkan kanak-kanak itu dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, kakak Sharlinie, Sharlina, 8, dilihat dibawa ke Bukit Aman oleh beberapa anggota polis pada pukul 10 pagi tadi bagi membantu siasatan. - (Bernama)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Selasa, Januari 15, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lagi Penyebar Maklumat Palsu Kes Sharlinie Ditahan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "