"Dalam kes seperti ini, suspek pastinya akan memilih kawasan yang jauh daripada orang ramai dan bangunan serta rumah terbiar mungkin menjadi tempat persembunyian mereka," kata Kamal Affendi Hashim kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata Ketua Pengarah Rela perlu melihat keperluan ini agar peranan Rela lebih efektif dan tindakan yang menyeluruh bagi mengesan Sharlinie dapat dilakukan.
"Kita tidak mahu dari satu kes kanak-kanak hilang, ke satu kes lagi berlaku, jadi peranan Rela itu harus digunakan sebaiknya. Jika Rela boleh digunakan untuk menjaga trafik atau mencari pendatang tanpa izin, kenapa tidak gunakan untuk memeriksa bangunan-bangunan terbiar," katanya.
Semalam, seorang pengawal keselamatan yang dikatakan mirip wajah suspek kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, ditahan di tempat kerjanya di sebuah bangunan terbiar di Jalan Tun Razak.
Berikutan itu, polis menjalankan siasatan terperinci di bangunan tersebut bagi mencari bahan bukti dan turut membawa empat kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa culik dan cabul di Kampung Baru tahun lepas bagi tujuan pengecaman.
Kamal Affendi turut menyelar pihak yang menjanjikan wang ganjaran bagi mengesan kanak-kanak hilang, kerana menurutnya ia perlu dikekang kerana boleh membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.
"Mangsa yang berada di tangan penjenayah akan sentiasa terancam, kerana penjenayah merasakan dirinya sentiasa diburu oleh orang ramai yang inginkan habuan dan akhirnya kemungkinan penjenayah akan bertindak kejam bagi melepaskan dirinya dan kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku," katanya.
Beliau berkata usaha pelbagai pihak dengan mengedarkan poster mangsa adalah tindakan yang bijak kerana ia akan menyebabkan penculik itu takut untuk keluar dan hanya akan berada di satu kawasan. - (Bernama)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Selasa, Januari 15, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kerah Rela Cari Sharlinie, Kata Penganalisis Jenayah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "