Beliau menegaskan, semua pihak harus memahami bahawa siasatan rapi dan juga gerakan memburu suspek yang terbabit dalam kes tersebut sedang dijalankan secara besar-besaran.
Oleh itu, jelasnya, tidak wajar spekulasi dibuat atau disebarkan berkaitan kes Sharlinie ketika ia masih dalam siasatan polis.
“Kita masih siasat. Jangan buat spekulasi. Kalau sudah dapat kepastian dengan keterangan yang ada baru kita ambil tindakan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat pusat kawalan kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.
Shahrizat dan Musa diberi taklimat mengenai pusat kawalan CCTV itu oleh Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikshan.
Kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu lalu, Sharlinie diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.
Polis yang tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes culik di Lembah Klang menubuhkan pasukan khas Bukit Aman dan Selangor bagi memburu suspek kes itu.
Sementara itu, Shahrizat menegur tindakan sesetengah media yang ghairah menyiarkan gambar kanak-kanak yang merupakan saksi kes pembunuhan dan penculikan.
Katanya, yang terbaru ialah pendedahan beberapa keping gambar kanak-kanak yang menjadi saksi kes culik dan bunuh Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang pada 20 Ogos lepas dan mayatnya ditemui di PJS2 pada 17 September lalu.
Katanya, walaupun wajah kanak-kanak itu ditutup tetapi terdapat peruntukan undang-undang untuk melindungi mereka.
“Saya tengok (ada gambar) dalam akhbar hari ini. Tindakan media mendedahkan gambar kanak-kanak berkenaan nampak tidak cantik... media seharusnya tidak berbuat demikian. Biarlah polis yang membuat siasatan,” jelasnya.
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Selasa, Januari 15, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Jangan buat spekulasi – Musa Hassan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "