Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 6:15 AM

8Selasa,Januari

Gates ramal dunia di era baru digital 10 tahun lagi

LAS VEGAS 7 Jan. – Pengasas Microsoft, Bill Gates membuka secara tidak rasmi pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di Las Vegas yang menandakan “dekad digital” yang baru.

Dalam ucaptama Pameran Elektronik Pengguna, Gates memberi pujian bagaimana komputer dan Internet menjadi amat perlu dan tempoh 10 tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan hebat dalam teknologi.

Dekad digital pertama telah menjadi sesuatu yang sangat hebat.

Ini hanya permulaan. Tidak ada apa yang akan menghalang kita daripada bergerak dengan lebih pantas dan jauh ke depan pada dekad digital kedua,” ujarnya.

Menurut Gates terdapat lebih satu bilion komputer peribadi di seluruh dunia dan lebih 40 peratus penduduk memiliki telefon mudah alih.

Katanya, dekad digital baru akan “tertumpu kepada pengguna” sementara media dan hiburan oleh tertumpu kepada perisian.

Dekad digital kedua akan lebih memberi tumpuan kepada menghubungi manusia.

Aplikasi-aplikasi akan diperoleh melalui Internet dan menggunakan sebaik mungkin perkhidmatan perisian,” tambah beliau.

Kenyataan beliau itu merupakan pengakuan bahawa pasaran semakin bergerak meninggalkan penjana kewangan kepada Microsoft iaitu perisian pakej yang dimuat turun ke dalam komputer pengguna.

Gates berkata, pengalaman video berdefinisi tinggi akan “diperoleh di mana-mana” sama ada dari televisyen hingga kepada projektor tayangan di dinding, malah di atas meja.

Anda akan memperoleh data dengan mudah, tanpa perlu menggunakan jambatan antara peranti dan mengingati segala fungsinya,” jelas beliau. – AFP

.



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Januari 08, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog