/

Bank Dunia Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 5.9 Peratus Dalam 2008

BANGKOK, 9 Jan, - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka akan meningkat 0.2 peratus kepada 5.9 peratus tahun ini, kata Bank Dunia (WB) dalam keluaran Prospek Ekonomi Global 2008nya, Rabu.

Bank Dunia berkata Malaysia, yang mencapai pertumbuhan 5.7 peratus tahun lepas, akan menyaksikan peningkatannya yang kukuh kepada 6.0 peratus dalam 2009.

Pertumbuhan di Asia Timur dan Pasifik diunjurkan untuk kekal kukuh, dengan KDNK dijangka hanya turun 0.3 mata peratusan kepada 9.7 peratus dalam 2008 dan mengekalkan kekukuhan dalam 2009 dengan pertumbuhan 9.6 peratus.

Bank Dunia berkata kesan kegawatan di pusat kewangan dunia dalam kebanyakan ekonomi dalam rantau ini mungkin sedikit, sambil menyatakan kecuali untuk China, pendedahan langsung institusi kewangan dalam rantau ini kepada sekuriti berasaskan gadai janji (atau krisis subprima) adalah terhad.

Dengan anggaran pertumbuhan 10.8 peratus tahun ini, China kekal negara yang mencatatkan pertumbuhan terpantas dalam rantau ini walau pun ia turun daripada 11.3 peratus yang dicapai tahun lepas.

Laporan itu berkata pertumbuhan di China dijangka menurun dengan sederhana, berkurangan tidak sampai satu mata peratusan dalam tempoh itu kepada 10.5 peratus menjelang 2009, dengan percubaan sekian lama pihak berkuasa untuk mengekang projek pelaburan tertentu.

India dijangka menyaksikan pertumbuhan 8.4 peratus tahun ini manakala negara lain yang dijangka mencapai KDNK yang tinggi ialah Vietnam (8.2 peratus), Kemboja (8.0 peratus), Laos (7.9 peratus), Indonesia (6.3 peratus) dan Filipina (6.2 peratus).

Di Thailand, di mana ketidaktentuan politik dan dasar yang berterusan telah mengendurkan keyakinan perniagaan dan pengguna dengan signifikan, Bank Dunia berkata KDNK dijangka tumbuh 4.6 peratus dalam 2008, lebih tinggi berbanding 4.3 peratus dalam 2007 tetapi masih lebih rendah berbanding 5.0 peratus yang dicapai dalam 2006.

Laporan itu menyatakan unjuran kelembapan dalam pertumbuhan eksport dari 17.8 peratus dalam 2007 kepada 15.2 peratus dalam 2008 dicetuskan permintaan yang lembab oleh negara Pertubuhan Untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi OECD) dengan import dari Amerika Syarikat bertambah sedikit sebanyak 1.3 peratus dan juga kesan pusingan kedua ke atas perdagangan antara rantau.

Usaha pembaharuan yang dilaksanakan di beberapa negara Asean seharusnya menghasilkan peningkatan aktiviti di sepanjang tempoh unjuran, kata Bank Dunia, yang menganggarkan pertumbuhan di kalangan ekonomi Asia Timur selain China, akan dicatatkan 6.2 peratus menjelang 2009.

"Keseluruhannya, kami menjangkakan pertumbuhan negara membangun akan menyederhana kira-kira dalam tempoh dua tahun lagi. Bagaimana pun, kelembapan AS yang agak ketara boleh melemahkan prospek dalam negara membangun dalam jangka sederhana," kata Pengarah Kumpulan Prospek Pembangunan dan Jabatan Perdagangan Antarabangsa Bank Dunia, Uri Dadush.

Para penulis laporan mengandaikan bahawa kegawatan kredit dalam pasaran antarabangsa akan berlanjutan sehingga lewat tahun ini, tetapi pengwujudan kos untuk institusi kewangan yang besar akan terus terkawal. - (Bernama)Oleh D. Arul Rajoo




Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Januari 09, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog