/

Anak saya rakam klip video Lingam, kata ahli perniagaan

oleh Nash Rahman
malaysiakini

SEORANG ahli perniagaan hari ini mengakui secara terbuka bahawa beliau adalah lelaki yang dilihat dalam bahagian kedua klip video Lingam yang didedahkan oleh PKR September lalu.

Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini malam ini (12 Jan), Loh Mui Fah, 58, berkata mengambil keputusan untuk mendedahkan identitinya kerana mahu "pihak berkuasa berhenti daripada mengganggu dan menceroboh privasi dirinya dan keluarganya".

Di samping itu, katanya, beliau juga bimbangkan keselamatan dirinya dan anggota keluarganya kerana mereka sering diekori dan pernah menerima panggilan berunsur ugutan meminta beliau supaya 'berjaga-jaga'.

Loh berkata, anak lelakinya yang merakamkan klip video sepanjang 14 minit perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam itu, tetapi menafikan beliau yang menyerahkan klip tersebut kepada PKR.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya anaknya merakam video tersebut tanpa sebarang niat yang tidak baik atau memahami apa yang sedang diperkatakan.

Menurutnya lagi, klip video itu bukan dirakamkan pada tahun 2002 yang dilaporkan tetapi pada 20 Disember 2001.

Klip video itu menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Bahagian pertama minit klip video tersebut telah didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lalu. Manakala bakinya klip video enam di mana Loh kelihatan di dalamnya, diumumkan oleh Anwar Disember lalu selepas kerajaan mengumum penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasatnya.

"Bukan saya yang memberi klip video itu ataupun saya merestui ianya didedahkan... berdasarkan kenyataan saya sebelum ini, saya tidak tahu pun klip video itu ada...," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada membuat laporan polis mengenai ugutan tersebut, Loh berkata "sekurang-kurangnya satu aduan".

Loh berkata, selepas klip video itu didedahkan, beliau sering diekori dan diintip oleh orang yang tidak dikenali yang kemudiannya disahkan sebagai pengawai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Teruskan Bacaan di DetikDaily
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Januari 14, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog