2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 14 April 2025   
@ 16 Syawal 1446H / 10:24 PM

26Sabtu,Januari

2008 tahun katak

Zoo Negara bantu dunia selamatkan 6,000 spesis daripada kepupusan

KUALA LUMPUR: Bagi sesetengah individu, katak adalah sejenis haiwan yang menggelikan namun bagi pencinta haiwan berkenaan, haiwan itu adalah spesies yang sangat unik dan comel untuk dijadikan binatang peliharaan.

Bagaimanapun, tanpa kita sedari sebenarnya katak adalah antara haiwan yang semakin pupus di dunia terutama di Amerika Selatan berpunca daripada sejenis kulat yang dikenali Chytridiomycosis (Chytrid).

Bagi memastikan spesies katak yang semakin hari semakin pupus itu terus dipulihara, Zoo Negara menganjurkan Bengkel Amfibia 2008 bertujuan membincangkan cara dan penyelesaian terbaik mengatasi masalah kepupusan itu.

Bengkel Amfibia yang terbuka kepada pengusaha dan pentadbir zoo seluruh negara mahupun dunia dan juga orang ramai yang meminati katak itu memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai haiwan berkenaan.

Pengarah Zoo Negara, Dr Mohamad Ngah, berkata bengkel yang sudah diadakan pada 15 hingga 18 Januari lalu, juga bertujuan memberi kesedaran dan pemahaman kepada orang ramai mengenai kehidupan haiwan itu.

Pada hari ini terdapat kira-kira 6,000 jenis katak yang terdapat di dunia yang mana 30 peratus daripadanya dianggarkan akan pupus dalam masa terdekat jika tiada sebarang langkah pemuliharaan diambil.

Selain Chytrid, terdapat beberapa lagi faktor yang menyebabkan berlakunya kepupusan katak di dunia ini seperti kehilangan habitat kerana projek pembangunan atau pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti pembalakan haram selain pencemaran dan pemburuan spesies itu yang menjadi makanan di beberapa negara di dunia,” katanya ketika ditemui di Zoo Negara, baru-baru ini.

Bagi memastikan usaha memulihara spesies itu berterusan dan mencapai matlamatnya, Persatuan Zoo dan Aquaria Dunia (WAZA) juga menetapkan tahun 2008 sebagai tahun katak walaupun mengikut kalendar masyarakat cina, tahun depan adalah tahun tikus.

Ia selaras dengan Bengkel Amfibia yang sudah diadakan itu bagi membincangkan spesies yang semakin pupus dan kajian mengenai cara mengatasinya serta bagaimana untuk menguruskan spesies sedia ada yang kini ditempatkan di habitat baru bagi mengelakkan ia terus terancam.

Melalui bengkel ini juga, orang ramai boleh mendapat pelbagai maklumat mengenai spesies ini, jenis yang terdapat di dunia dan negara ini dan cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ia terus kekal dalam kitaran rantaian makanan,” katanya.

Mohamad berkata, Zoo Negara yang bertindak sebagai penganjur bagi Bengkel Amfibia itu turut mewujudkan Pusat Amfibia di zoo berkenaan supaya boleh digunakan sebagai pentas untuk melihat cara pengurusan serta kajian yang dijalankan untuk mengekalkan spesies berkenaan.

Pusat Amfibia di Zoo Negara ini mula dibuka pada September lalu dan terdapat 20 spesies katak yang di ambil dari Borneo dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kesemua spesies yang ditempatkan di pusat ini adalah yang dikenal pasti mengalami kepupusan. Oleh itu, kita bawa katak berkenaan ke sini untuk memastikan ia tidak terus pupus sekali gus merugikan alam semula jadi kita kerana kehilangan spesies berkenaan.

Spesies katak di pusat ini akan di tambah dari masa ke semasa dan kita akan menambah bilangan spesies yang ditempatkan di sini apabila sudah dikenal pasti jenis yang semakin pupus itu,” katanya.

Pusat Amfibia Zoo Negara dibuka kepada orang ramai yang ingin melihat sendiri spesies berkenaan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang manakala pada hujung minggu atau cuti umum, dibuka pada jam 9 pagi hingga 11 malam.

Mohamad yang juga pengerusi penganjur bagi Bengkel Amfibia itu berkata, setakat ini, sambutan yang diterima daripada pengunjung mengenai pusat berkenaan amat menggalakkan.

Orang ramai boleh menyaksikan spesies katak seperti kodok, katak puru dan juga katak terbang sekiranya mereka berkunjung ke Pusat Amfibia ini yang diuruskan oleh empat kakitangan.

Kita sedang berusaha untuk mempertingkatkan lagi pusat berkenaan dengan menyediakan persembahan yang lebih interaktif bagi memudahkan pengunjung berkomunikasi dan mendapatkan maklumat mengenai spesies katak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, penuntut dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Muamar Gadafi Mohd Ali, 21, yang melawat Pusat Amfibia itu, berkata usaha Zoo Negara mewujudkan satu zon katak itu harus dipuji kerana tidak ada lagi zoo yang menyediakan pusat sedemikian.

Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai kehidupan katak ini yang semakin hari semakin pupus. Jadi, usaha Zoo Negara untuk memulihara spesies ini adalah satu langkah wajar supaya haiwan itu terus terpelihara.

Cuma saya harap katak yang ditempatkan di pusat berkenaan perlu ditambah supaya lebih menarik ramai pengunjung selain cara mempamerkan katak itu harus lebih interaktif supaya pengunjung terutama kanak-kanak lebih seronok untuk berkunjung ke situ,” katanya.
.
try , Sabtu, Januari 26, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog