/

"1957: Hati Malaya bukan filem sejarah" Ahli akademik [ 1957 Hati Malaya: Sebuah filem untuk pilihanraya? ]

FILEM '1957: Hati Malaya' tidak mempunyai ilmu dan maklumat secukupnya untuk memberi gambaran sebenar mengenai usaha mendapatkan kemerdekaan sekaligus kurang sesuai untuk diangkat sebagai sebuah filem sejarah.

Selain itu, apa yang dipaparkan dalam filem ini juga tidak lengkap kerana hanya menonjolkan orang Melayu saja sedangkan keadaan kaum Cina dan India tidak diangkat dengan baik.

Itulah pandangan yang disuarakan oleh ahli akademi, Profesor Dr Wan Zawawi Ibrahim ketika diskusi filem 1957: Hati Malaya yang diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Festival Filem & Video Pelajar Malaysia ke-lima (FFVP05).

Mengapakah isu hak orang Melayu begitu penting? Kenapa tidak ada impak kolonialisme ke atas penduduk negara ini? Ini kerana dasar penjajahan juga memberi kesan besar kepada negara kita. Kolonial juga yang menyebabkan berlakunya komposisi yang tidak seimbang seperti sekarang.

Filem ini tidak ada ilmu dan maklumat yang mencukupi untuk memaparkan keadaan itu,” katanya.

Pandangan Dr Wan Zawawi cuba diperbetulkan oleh pengarah filem U-Wei Shaari yang bertindak selaku moderator dalam diskusi ini.

Kata U-Wei, kerja buat filem sejarah yang sudah tertulis adalah sangat berbeza pengertiannya dengan apa itu filem sejarah. “Filem genre sejarah tetapi ada spekulasinya sebagai satu pembinaan cerita dan ia juga satu peraturan dalam pembuatan filem yang sudah terikat sejak zaman lampau,” katanya.

Shuhaimi Baba yang menjadi panel dalam diskusi 1957: Hati Malaya kemudian menjelaskan bahawa persoalan sejarah negara ini adalah satu cabaran besar yang perlu dibuat secara bertanggungjawab.

Tegasnya, beliau tidak mahu sekadar 'usik-usik' saja terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan sejarah kerana selain seperti tidak bertanggungjawab ia juga kurang memberi kepuasan.

Apa yang berlaku pada zaman selepas Jepun dan ketika darurat iaitu zaman komunis sememangnya isu penting. Tapi untuk filem ini, saya tidak buat sekadar 'usik-usik' saja. Mungkin selepas ini Dr Wan Zawawi boleh buat filem seperti itu,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai penerbit dan pengarah filem, beliau meletakkan dirinya bukan sebagai seorang ahli sejarah yang perlu meletakkan segala-galanya dalam filem arahannya itu semata-mata hendak memenuhi fakta yang diperlukan.

Sebagai pembuat filem, saya juga perlu membuat kajian siapa sasaran filem ini. Saya sasarkan penuntut sekolah, anak muda yang kurang jiwa patriotiknya sebab kebanyakan mereka tidak kenal sejarah negara.

Saya tidak buat filem ini untuk mewakili mana-mana bangsa. Latar belakang filem ini adalah jelas iaitu bagaimana rumitnya proses untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kalau hendak dipapar segala-galanya saya fikir filem ini mengambil masa lima jam,” katanya.

Shuhaimi tidak menafikan memang ada peristiwa penting berlaku sepanjang tempoh sebelum kemerdekaan selain kewujudan kaum-kaum lain seperti Cina dan India serta kesan penjajah ke atas negara ini.

Saya memilih tahun 1954, 1956, 1957 dan 1963 itu adalah tempoh yang rumit dalam proses mendapatkan kemerdekaan. Saya ada sebab mengapa tidak menonjolkan MIC dan MCA. Memang MIC ada wujud ketika itu, tetapi perjuangan politik mereka untuk memberi sokongan kepada perjuangan pemimpin mereka di negara India.

MCA pula ditubuhkan bukan tujuan politik tetapi untuk menjaga kepentingan tauke Cina,” katanya

Selepas mendengar hujah balas daripada Shuhaimi, Profesor Dr Wan Zawawi sekali menimbulkan persoalan mengapa filem 1957: Hati Malaya tidak bermula dengan sejarah penubuhan Malayan Union.

Katanya, ini penting kerana daripada Malayan Union jugalah menyebabkan kaum Melayu menerusi Umno bangkit menentangnya sekali gus membawa kepada perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara.

Saya juga melihat daripada filem ini, Tunku Abdul Rahman muncul sebagai hero yang tidak disengajakan atau ‘accidental hero’. Ia juga turut memaparkan satu perbezaan idealisme antara Datuk Onn Jaafar dan Tunku. Di bawah kepimpinan Datuk Onn, Umno digambarkan sebagai bersedia untuk berkongsi dengan kaum lain.

Tapi berbeza dengan pandangan Tunku pula. Tunku berpendapat sebaliknya. Orang Melayu tidak sedia berkongsi kuasa dan kedudukan dengan bangsa lain,” katanya.

Shuhaimi bersetuju dengan pandangan itu dengan menyifatkan pemikiran Datuk Onn Jaafar untuk membawa kaum lain berkongsi dalam Umno sebagai terlalu ke hadapan sehingga tidak boleh dibaca oleh orang Melayu pada waktu itu.

Kehidpuan orang Melayu pada waktu itu sudah tertekan. Orang Melayu miskin dan mengharapkan Umno adalah tempat untuk melepaskan kemiskinan, bukan soal perkongsian kuasa. Isu ini dapat dibaca oleh Tunku.

Tunku sedar orang Melayu pada waktu itu ketinggalan dalam semua aspek. Memang sangat tragik apabila Datuk Onn terpaksa melepaskan jawatannya dalam Umno. Tunku pada mulanya memang tidak mahu menjadi pemimpin kerana dia mahu menjadi majistret. Lagipun ramai orang Melayu turut keluar meninggalkan Umno kerana ikut Datuk Onn.

Dua lagi panel dalam filem ini pelakon filem 1957: Hati Malaya iaitu Rusdi Ramli dan Kamarulzaman Taib. - BHM


1957 Hati Malaya: Sebuah filem untuk pilihanraya?
Tuesday, 23 October 2007
Oleh Helme Hanafi

BERCERITA tentang masa lampau tidak mudah. Apatah lagi ia membabitkan kisah benar dan fakta sejarah yang boleh saja mempunyai beberapa versi. Tapi pengarah terkenal Shuhaimi Baba memilih untuk 'mencuba' sesuatu yang baru, filem 1957 Hati Malaya yang bakal menemui penonton Khamis ini merupakan filem pertama tentang kemerdekaan negara.
Image

Adakah tayangannya merupakan usaha meraih sokongan Melayu kepada Umno?

Dengan bajet RM3.6 juta yang dikongsi bersama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, FINAS, DIGI dan Jugra Publication, nyata yang diangkat dalam filem ini adalah sejarah dari kacamata Umno dan Perikatan (sekarang dikenali Barisan Nasional).

Saya menyaksikan pra-tontonnya petang semalam di GSC One Utama, dua jam yang sarat dengan pekikan "Hidup Melayu", "Merdeka" dan "Hidup Datuk Onn".

Ceritanya mudah, sekumpulan anak muda mewakili generasi kini, membuat kajian untuk menerbitkan buku mengenai sejarah kemerdekaan, dalam proses penyelidikan itulah, filem ini dipersembahkan kepada penonton, adegan imbas kembali disusun secara cantik dan mudah.

Shuhaimi atau Shumi bercerita tentang perjuangan Datuk Onn menentang Malayan Union, kisah Datuk Onn yang panas baran dan kemudiannya meninggalkan Umno selepas tidak berjaya menyakinkan ahli Umno untuk menerima orang Cina sebagai ahli.

Penampilan pelakon baru, Zaefrul Nordin sebagai Datuk Onn cukup berkesan, sekurang-kurangnya penonton dapat merasai jiwa Onn yang keras tapi cepat merajuk bila kehendaknya tidak dituruti.

Konflik dalam cerita ini juga mudah, antara kumpulan Datuk Onn yang menyokong orang Cina menyertai Umno dan kumpulan Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib) yang dipelopori oleh Sardon Jubir (Bell Ngasri) menentang hasrat Onn.

Shumi dengan jelas dan sedar menggambarkan perpecahan orang Melayu ketika itu. Dengan mengambil lokasi sebuah warong, di kampung Baru, beberapa orang Melayu berbicara tentang politik, yang menyokong Onn dan yang menyokong Tunku.

Ada dua lelaki, penyokong Onn, Zahari (Rusdi Ramli) dan penyokong Tunku, Rozhan (Adlin Aman Ramlie) sering bertengkar di warong tersebut (tipikal orang Melayu) sambil makan laksa asam dan cuba mengurat adik tauke kedai, Normala (Maya Karin).

Normala lebih sukakan Zahari, seorang wartawan sambilan, tapi dalam masa yang sama beliau merupakan penyokong Tunku dan tidak mahu melukakan hati Rozhan.

Ada beberapa babak yang menarik, bagaimana Shumi melihat politik, satu ketika, Rozhan menuduh Zahari tidak mempedulikan nasib orang Melayu (digambarkan sedang bermain di satu sudut warong).

Mempedulikan nasib orang Melayu itu, diterjemahkan secara metafora oleh Shumi sebagai memberi makan kepada orang Melayu. Zahari yang berang dengan kata-kata Rozhan bahawa dia dan Onn tidak pedulikan orang Melayu, kemudiannya menarik tangan budak-budak yang sedang bermain itu untuk disuruh makan.

"Makan makan, abang ambil duit saya ini," kata Zahari kepada pemilik warong. Kononnya dengan itu, dia sudah menafikan kenyataan bahawa dia dan Onn tidak peduli nasib Melayu.

Rozhan marah, lalu memberi duitnya. "Abang jangan ambil duit dia, ambil duit saya," kata Rozhan. Keadaan jadi tenang dengan dua-dua mamat ini berebut nak bayar makanan.

Sampai satu ketika, Zahari marah "Kau gagal nak pikat hati dia..." dan mereka pun bertumbuk. Habis rosak warong, orang melayu yang makan terkejut.

Kita kemudiannya difahamkan, oooo, dua jaguh itu bergaduh bukan sebab perjuangan sangat, tapi lebih kepada nak pikat hati perempuan, hehe, kantoi...

Di sebalik semua itu, ada beberapa adegan yang sedih, terutamanya adegan Tunku terpaksa jual kedainya bagi menampung perjuangan Umno, kisah kutip derma untuk membolehkan rombongan Tunku ke London menuntut kemerdekaan.

Digambarkan bagaimana orang Melayu sanggup menyerahkan barang-barang berharga milik peribadi, gelang yang dipakai, ada yang bagi semua duit, ada yang simpan separuh untuk tambang.

Wah kita yang menontonnya dapat merasakan perjuangan ketika itu masih bersih dari noda dan dosa.

Ada babak khas yang dibuat, saya kira untuk 'bagi muka' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ditunjukkan bagaimana rombongan Umno pergi bertemu dengan datuk Pak Lah, Sheikh Abdullah Fahim (Rahim Razali) untuk minta tarikh sesuai untuk kemerdekaan.

Namun, sememangnya menjadi urban legend di sebelah utara Sheikh Abdullah Fahim yang dikatakan keramat itulah yang memberikan tarikh kemerdekaan.

Kemudian satu adegan, lagu negaraku dimainkan ketika bendera Malaya dikibarkan, penonton yang berada di pawagam pada ketika itu (sebahagian besarnya artis) bangun berdiri menghormati lagu tersebut. Serasa sungguh bau patriotik dalam panggung wayang GSC semalam.

Ketika sudah selesai, sambil makan-makan, pengarah terkenal Datuk Yusuf Haslam memberitahu beliau menangis dua tiga kali ketika menonton filem tersebut.

"Jarang ada filem Melayu semacam ini," kata beliau

Biarpun filem ini boleh dinamakan filem propanganda tapi kalau hendak rasa semangat Melayu silalah menontonnya. Ia filem yang bagus dari pengarah yang bagus. Sekurang-kurangnya Shumi berani mengangkat tema bukan komersil dan menjadikannya boleh dijual.

Tapi bagi saya, seorang penonton biasa, filem ini lebih kepada filem pilihanraya. Filem supaya orang Melayu ingat yang negara ini, kemerdekaannya, perjuangan membentuk negara bangsa, dirintis dari air mata, dan pengorbanan pemimpin-pemimpin Umno.

Mungkinkah tayangan filem ini mengambil kira tarikh pilihanraya? Mungkinkan filem ini sebahagian daripada pra kempennya?

Apapun, selamat menonton.

Image
Jit Murat sebagai Khir Johari, Rozie Rashid sebagai Puteh Mariam dan Liaza Othman sebagai Ibu Zain

Image
Ida Nerina sebagai Halimah isteri Datuk Onn, Bell Ngasri sebagai Sardon Jubir..


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Januari 12, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog