Sut boleh basuh kini boleh didapati, tetapi syarikat pakaian Jepun, Konaka berkata barisan sut perniagaan ‘Shower Clean’ yang boleh dibasuh menggunakan air panas dan tidak perlu digosok pertama seumpamanya.
Konaka berkata, sut yang dibuat daripada fabrik ringan mudah dibersihkan boleh diperoleh mulai Februari depan di Jepun.
Laman web syarikat itu menunjukkan bagaimana membasuhnya - Terbalikkan jaket dan seluar, letakkan pada penggantung pakaian dan rendam dengan air panas untuk beberapa minit untuk membasuh bahagian dalam. Ulang proses itu untuk membersihkan bahagian luar dan gantung untuk dikeringkan.
Konaka kini mensasarkan pelajar kolej yang sedang mencari kerja yang perlu melalui proses temu duga serta ahli perniagaan muda yang tinggal bersendirian, kata pegawai syarikat Shigeyuki Tsuchiya.
“Mereka tidak mempunyai masa untuk membawa sut untuk cucian kering dan agak sukar bagi mereka menggosok sut yang dibuat daripada kain kapas.
“Sut kami boleh kembali ke bentuk asal dengan mudah selepas dibersihkan, katanya”
Sut itu boleh diperoleh untuk lelaki dan wanita, akan dijual pada harga antara 29,400 yen (RM858) dan 55,650 yen (RM1,623) menurut syarikat itu yang mempunyai 320 kedai di seluruh negara. - AP
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Disember 24, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Sut mudah basuh di pasaran silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "