Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, pelaksanaan sistem satu bil kepada pengguna bekalan air yang menikmati perkhidmatan pembentungan berpusat itu akan bermula di Johor dan Pulau Pinang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
‘‘Langkah tersebut merupakan usaha kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan oleh satu operator,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penguatkuasaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) di sini hari ini.
Keng Yaik berkata, sistem perkhidmatan bekalan air dan pembentungan yang dibina dengan baik akan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan penggantian yang cukup tinggi.
Katanya, perkhidmatan Indah Water Konsortium (IWK) yang merawat sisa domestik di loji-loji sebelum air tersebut dikembalikan ke sungai pada masa ini menyebabkan ramai terkeliru bahawa IWK tidak memberikan apa-apa perkhidmatan.
Jelas beliau, mengikut peruntukkan WSIA, pemilik premis bertanggungjawab memastikan tangki septik mereka dinyahenap cemar secara berkala.
‘‘Dengan ini, pemilik premis hanya membayar caj perkhidmatan pembetungan setelah kerja menyahenap cemar dilaksanakan ke atas tangki tersebut. Mulai tahun depan, pemilik premis mempunyai pilihan melantik kontraktor selain IWK untuk menyahenap cemar tangki septik mereka,” katanya.
Sehubungan itu, SPAN akan mengeluarkan permit kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan dan berhasrat memberikan perkhidmatan tersebut.
Menurutnya, SPAN akan mengawal selia segala operasi perkhidmatan air dan pembentungan di bawah pihak berkuasa negeri termasuk jabatan, syarikat atau pemegang konsesi di seluruh negara berkuat kuasa 1 Januari depan.
‘‘Kontraktor-kontraktor yang menjalankan pembinaan sistem bekalan air akan diberi masa enam bulan untuk memohon permit memandangkan sebelum ini tiada keperluan mendapatkan permit bagi kerja-kerja tersebut,” katanya.
Keng Yaik menambah, bagi memastikan sistem bekalan air yang dibina mencapai tahap dan spesifikasi ditetapkan, syarikat perkhidmatan bekalan air, pemegang konsesi perkhidmatan bekalan air dan Jabatan Bekalan Air akan dilantik sebagai Agensi Perakuan kepada SPAN.
Agensi tersebut katanya, akan menjalankan aktiviti seperti meluluskan pembangunan perkhidmatan air melalui kaedah persijilan di bawah pihak berkuasa tempatan; mendaftar dan mengeluarkan permit kepada tukang paip dan memantau kepatuhan terhadap undang-undang subsidiari.
‘‘Perubahan utama dalam era baru perkhidmatan air ialah kerajaan Persekutuan mengambil alih kawal selia dan peraturan perkhidmatan bekalan air daripada kerajaan negeri. Sehubungan itu, Enakmen Bekalan Air Negeri perlu dimansuhkan atau dipinda supaya selaras dengan WSIA. Kerajaan juga menetapkan semua pihak berkuasa air negeri hendaklah dikorporatkan dengan segera,’’ katanya.
Serentak penguatkuasaan WSIA, tiga undang-undang subsidiari akan dikuatkuasakan iaitu Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Pelesenan); Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Permit) dan Perintah Industri Perkhidmatan Air (Pengecualian) (Pelesenan).
Keng Yaik berkata, syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) milik Menteri Kewangan Diperbadankan akan mengambil alih sepenuhnya infrastruktur dan pengurusan Jabatan Bekalan Air (JBA) mulai tahun depan.
Menurut beliau, langkah itu diambil bagi menyelesaikan masalah hutang tertunggak di antara kerajaan negeri dengan Persekutuan yang jumlahnya sudah mencecah RM8 bilion.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Jumaat, Disember 21, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Sila Bbyar caj pembetungan, Jika tidak mahu bekalan air dipotong silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "