Beliau berkata semua jenis peraduan "gores dan menang" diharamkan kerana ia lebih banyak memudaratkan masyarakat pengguna.
Katanya peraduan "gores dan menang" didapati telah menular di kawasan luar bandar berikutan ramai pengguna di kawasan itu terpedaya dengan kegiatan syarikat yang menjalankan kegiatan itu dan menawarkan barangan tidak berkualiti.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini, Mohd Shafie berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 6,903 kes difailkan di Tribunal Tuntutan Malaysia dan kes gores dan menang adalah kes paling banyak difailkan iaitu 1,393 aduan, diikuti kes pembelian kenderaan sebanyak 529 kes.
Sementara itu, menurut kenyataan kementerian hari Isnin, penyalahgunaan peraduan "gores dan menang" banyak dilakukan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung.
"Kaedah yang dijalankan merupakan kaedah penipuan terancang iaitu melalui penawaran pelbagai hadiah menarik seperti wang tunai, kereta, motosikal, barangan keperluan rumah seperti pinggan mangkuk, peralatan elektrik dan tawaran pakej melancong.
"Pelbagai strategi dan modus operandi yang berbeza-beza digunakan dalam usaha mengaut keuntungan berlipat kali ganda daripada orang ramai. Antaranya melalui penawaran baucer, kad gores dan cabutan bertuah," menurut kenyataan itu.
Sejak 2005 hingga Oktober lepas, sebanyak 20 lesen jualan langsung telah dibatalkan kerana menyalahgunakan lesen dengan menjalankan aktiviti gores dan menang.
Pada 2005, sebanyak 41 kes dikesan dan diambil tindakan dengan hasil nilai rampasan RM790,450; tahun lepas 51 kes (nilai rampasan RM1.2 juta) manakala bagi tempoh Januari hingga September lalu, terdapat 53 kes dengan nilai rampasan RM2.3 juta.
Selain pembatalan lesen, tindakan denda dan penjara juga boleh dikenakan mengikut Peraturan 10, Peraturan Jualan Langsung 1993 kerana syarikat menjalankan perniagaan jualan langsung di luar waktu bertandang yang dibenarkan serta Seksyen 25, Akta Jualan Langsung 1993 berkaitan tempoh bertenang.
Aduan banyak diterima daripada orang ramai mengenai skim cepat kaya, cabutan bertuah dan penyalahgunaan taktik gores dan menang.
"Kementerian akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi membanteras penipuan gores dan menang, skim cepat kaya serta penipuan jualan langsung yang lain di samping meneruskan kempen kesedaran pengguna dan menjalin kerjasama dengan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan membuat laporan kepada kementerian melalui emel: e-aduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau SMS ke 32255 atau di semua pejabat cawangan kementerian di seluruh negara. - (Bernama)
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Selasa, Disember 04, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Semua Aktiviti "Gores Dan Menang" Diharamkan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "