2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis hasil pil cegah hamil lelaki

Ubat perancang keluarga didakwa tak jejas keintiman

LONDON: Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendakwa dapat menghasilkan pil perancang khas untuk lelaki yang dikatakan dapat menghalang pasangan mereka hamil tetapi pada masa tidak menjejaskan keintiman mereka.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ubat yang setakat ini dikenali sebagai CDB-4022, cuma diuji ke atas haiwan dan ujian ke atas manusia dijangka dimulakan tidak lama lagi.

Penyelidikan bersama saintis universiti Pittsburgh dan Illinois yang dibiayai kerajaan Amerika, membuktikan keupayaan pil itu yang didakwa bertindak pantas bagi menyekat penghasilan sperma.

Malah berdasarkan kajian ke atas monyet, kiraan sperma haiwan itu jatuh dalam masa seminggu selepas diberikan pil perancang lelaki berkenaan. Empat bulan kemudian, paras hormon haiwan itu kembali normal.

"Pil itu juga tidak menjejaskan paras hormon, berahi atau kesan sampingan seperti yang dibuktikan menerusi kajian ke atas monyet itu. Kajian ini sememangnya sesuatu yang menarik. Pil itu terbukti dapat merendahkan kiraan sperma pada tahap tidak subur dan mampu naik semula selepas itu secara sendiri.

"Oleh kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan paling penting hormon, kami amat gembira dengan keputusan yang dicatatkan setakat ini," kata penyelidik, Dr Sheri Hild daripada firma penyelidikan Amerika, Bioqual yang turut turut terbabit dalam kajian berkenaan.

Beliau berkata demikian pada persidangan masa depan perancangan keluarga di Amerika, semalam.

Dr Hild berkata pihaknya kini merancang melakukan kajian jangka panjang yang mana haiwan jantan itu dibenarkan mengawan dengan betina bagi mengesahkan lagi kemujaraban pil itu.

Katanya, pil berkenaan mungkin diambil sekali sehari bagi lelaki selain pada kadar mingguan kerana mengambil kira kemungkinan ada yang lupa mengambilnya pada setiap hari.

Apa yang menarik, mereka mendakwa pil perancang itu tidak memberi kesan jangka panjang ke atas tahap kesuburan lelaki jika diambil setiap hari. - Agensi

FAKTA NOMBOR
Pil perancang

RM147b - Nilai pasaran pil perancang global
7 - Hari tempoh sperma dikurangkan

.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Disember 29, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog