Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 7:59 PM

28Jumaat,Disember

Pertikaian Mualaf Dan Pasangan Adalah Dalam Bidang Kuasa Mahkamah Sivil

PUTRAJAYA, 27 Dis, - Pertikaian bagi membubarkan perkahwinan seorang bekas setiausaha dan suaminya yang memeluk Islam serta bagi mendapatkan hak penjagaan anak mereka terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam keputusan 2-1, mahkamah menolak rayuan wanita itu, R.Subashini, dengan alasan bahawa petisyen bagi perceraiannya tidak sah kerana ia difailkan awal, iaitu dua bulan 18 hari sebelum tempoh tiga bulan, selepas suaminya memeluk Islam.

Datuk Nik Hashim Nik Abdul Rahman yang mengetuai panel tiga orang hakim itu berkata Subashini berhak meneruskan permohonan mendapatkan hak penjagaan itu tetapi dia hendaklah mengemukakan petisyen baru untuk bercerai.

Nik Hashim yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Mohamed dan Datuk Azmel Ma'amor mendapati perintah Mahkamah Syariah membubarkan perkahwinan sivil tidak mempunyai kesan daripada segi undang-undang selain ianya merupakan satu keterangan perceraian mengikut hukum Syarak.

"Perkahwinan bukan menurut Islam antara seorang suami dan isteri masih kekal sehinggalah ia dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi berdasarkan petisyen perceraian oleh pasangan yang kekal dengan agamanya mengikut Seksyen 51 (1) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976," kata Nik Hashim.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan bahawa suami Subashini, T. Saravanan, berhak merujuk kepada Mahkamah Syariah kerana beliau tertakluk kepada undang-undang Islam selepas menjadi seorang Muslim. - BERNAMA



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Disember 28, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog