/

Loji nuklear Iran beroperasi tahun depan – Mottaki

TEHRAN, Dec 30. – Iran hari ini bertegas bahawa stesen kuasa nuklearnya yang pertama akan dilancarkan pada tahun depan di sebalik kenyataan yang dibuat oleh kontraktornya dari Rusia yang menyatakan ia hanya akan dapat beroperasi pada akhir tahun depan.

Stesen kuasa nuklear akan dilancarkan pada keupayaan 50 peratus pada musim panas tahun depan, kata Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki yang disebut sebagai berkata oleh Agensi Berita IRNA.

Kontraktor Rusia sedang menjalankan kerja-kerja penyiapan terhadap projek pembinaan itu di bandar selatan Bushehr yang tertunda sejak tahun 1970-an tetapi kini hampir siap.

Komen Mottaki dibuat selepas penghantaran kedua bahan api untuk loji berkenaan tiba di Iran dari Rusia pada Jumaat lalu selepas penghantaran pertama pada 17 Disember.

Seorang jurucakap kontraktor Rusia Atomstroiexport Irina Yesipova, pada awal bulan ini berkata, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk memulakan operasi stesen kuasa nuklear itu.

Kami meramalkan stesen Bushehr akan dilancarkan seawal-awalnya akhir tahun depan disebabkan oleh perkembangan semasa,’’ kata Yesipova pada 20 Disember.

Russia sedang berusaha untuk menyiapkan stesen berkenaan di sebalik kebimbangan negara-negara barat bahawa Iran akan menggunakan pengayaan uraniam untuk menghasilkan bahan api sendiri logi kuasa nuklear buatan sendiri pada masa depan.

Barat juga bimbang Iran boleh menggunakan teknologi pengayaan uranium untuk menghasilkan bom nuklear meskipun Teheran bertegas ia hanya mahu menjana elektrik untuk kegunaan penduduk negara itu. – AFP
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Disember 31, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog