Kadar itu meningkat sebanyak 50 peratus sejak 1980-an. Keseluruhan 295 wanita meninggal dunia antara 2003 dan 2005 meninggalkan 520 kanak-kanak tanpa ibu. Sementara kadar kematian kelahiran ialah 14 bagi setiap 100,000 kelahiran.
Kajian yang dibuat menunjukkan ramai wanita meninggal dunia kerana doktor tidak dapat mengesan masalah. Kekurangan bidan terlatih dan perunding bermakna ibu kerap dibiarkan di tangan doktor baru yang kekurangan dari segi pengalaman.
Laporan dalam Saving Mothers Lives oleh Inkuiri Sulit mengenai Kelahiran dan Kesihatan Bayi, meletakkan kesalahan peningkatan kadar itu ke atas pertambahan kadar obesiti.
Kumpulan itu, yang dikendalikan lapan kolej diraja, termasuk Kolej Perbidanan Diraja dan Kolej Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Diraja, berkata, separuh wanita yang meninggal dunia ketika bersalin memiliki berat badan berlebihan, manakala satu dalam tujuh orang termasuk dalam kategori obesiti.
Kes berkaitan dengan penyakit jantung meningkat dua kali ganda sejak 2002 dan menjadi punca utama kematian.
Laporan menyebut: "Ini mencerminkan peningkatan masalah penyakit jantung di kalangan wanita muda yang dikaitkan dengan tabiat pemakan buruk, merokok, pengambilan alkohol dan pertambahan wabak obesiti."
Ia menggesa wanita dengan berat badan berlebihan yang mahukan anak mendapatkan kaunseling di hospital kerajaan untuk memperbaiki gaya hidup mereka.
Laporan turut menyelar 'sebilangan profesional penjagaan kesihatan yang gagal mengenal pasti dan menguruskan keadaan perubatan biasa atau kecemasan berpotensi di luar bidang kepakaran mereka.'
Pakar memberi amaran bahawa kekurangan 5,000 bidan dan 900 perunding bermakna banyak tugas dilakukan oleh kakitangan yang kurang mahir.
Jurucakap Persatuan Pembaikan Perkhidmatan Kelahiran, Beverly Beech, berkata dia 'dengan yakin menyatakan banyak aspek penting' penjagaan kelahiran 'jauh lebih teruk daripada sebelumnya' sejak kumpulan itu ditubuhkan 40 tahun lalu.
Jurucakap kesihatan parti pembangkang, Andrew Lansley, berkata: "Kita sepatutnya bergerak ke arah yang menyaksikan kematian berkurangan, bukan bertambah."
Jurucakap Kolej Perbidanan Diraja, Louise Silverton, berkata: "Kami mensasarkan semua wanita gembira dengan penjagaan ke atas mereka, tetapi kami berdepan masalah besar kecuali kekurangan kronik bidan diberi perhatian." - Agensi
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Khamis, Disember 06, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kegemukan, kurang bidan punca ramai wanita mati silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "