Media tempatan melaporkan, haiwan marin itu mengeluarkan sejenis protein dikenali lectin yang didakwa boleh merencatkan pertumbuhan parasit berkenaan.
Malaria menyebabkan masalah kesihatan serius di kalangan 500 juta penduduk dunia setahun selain meragut sejuta nyawa yang lain.
Malah, dianggarkan 40 peratus penduduk dunia berisiko menghidap malaria.
Saintis termasuk penyelidik Kolej Imperial London, Profesor Bob Sinden berkata bagi menggalakkan nyamuk yang membawa kuman malaria menghasilkan lectin, penyelidik terbabit menggunakan sebahagian gen yang diperoleh daripada gamat itu.
“Hasil kajian kami menunjukkan teknik itu berkesan ke atas beberapa jenis parasit yang menyebabkan malaria. Keputusan ini amat menakjubkan dan memberi harapan wujudnya kaedah yang membolehkan nyamuk yang menjalani proses kejuruteraan genetik mampu mengekang penularan parasit itu,” katanya.
Bahan lectin berkenaan dikatakan terlalu beracun bagi parasit itu ketika pada peringkat awal pertumbuhannya yang dikenali sebagai ookinete.
“Lazimnya parasit itu dapat mendiami dinding perut nyamuk dan menghasilkan beribu-ribu sel yang menawan kelenjar air liur dan menjangkiti manusia apabila nyamuk itu menggigit mangsa. Tetapi apabila ia terdedah kepada lectin, parasit itu mati sebelum sempat menjangkiti manusia,” katanya.
Bagaimanapun Prof Sinden berkata, masih banyak lagi usaha diperlukan sebelum teknik itu dapat digunakan bagi mengekang penularan malaria.
“Kami akan meneruskan usaha mencari jalan bagaimana dapat menghasilkan nyamuk yang diubah secara kejuruteraan genetik bagi memastikan tiada sebarang parasit malaria dapat membiak di dalam tubuh nyamuk itu,” katanya. - Agensi
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Disember 26, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang ‘Gamat boleh halang malaria’ silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "