LONDON: Wanita yang bosan dengan coli menyakitkan kini boleh menarik nafas lega kerana saintis Australia giat mencipta 'coli bijak' dengan dilengkapi alat pengesan, mengikut kajian di dalam Journal of Biomechanics.
Dianggarkan 80 peratus wanita memakai coli salah yang meningkatkan risiko kesakitan dan kerosakan saraf disebabkan tali coli, terutama ketika bersenam.
Pakar mendapati saiz coli yang betul masih berisiko memberikan kecederaan jangka panjang kerana sokongan diberikan tali menarik turun bahu.
Penyelidik Universiti Wollongong menggunakan fabrik khas dengan pengesan untuk mengesan pergerakan ketika wanita berjalan dan berjoging, yang digunakan untuk mencipta coli revolusi.
Fabrik berkenaan diuji ke atas dua wanita, berusia 30 dan 39 tahun, dengan masing-masing memakai coli bersaiz 36D dan 38DD ketika berjalan di atas mesin pada kelajuan 6.4 kilometer sejam dan berjoging pada kadar 9.6 kilometer sejam.
Pergerakan pada dada ketika berjalan diukur pada 1 sentimeter kepada hampir 2.54 sentimeter. Namun, kajian mendapati, apabila mereka berlaku pergerakan terbesar, dada meningkat hingga 7 sentimeter berbanding wanita lebih kecil yang bergerak hingga 5 sentimeter.
"Akibat ciptaan coli sedia ada, tali coli menanggung banyak bebanan dicetuskan oleh pergerakan payu dara ketika aktiviti fizikal. Makin meningkat jisim payu dara, momentum pantulan payu dara juga meningkat, meletakkan bebanan lebih berat kepada tali dan akhirnya meletakkan tekanan kepada bahu pemakai.
"Selain kesakitan berkaitan tali, ramai wanita, terutama yang payu dara besar terhalang daripada melakukan aktiviti fizikal disebabkan kesakitan pada payu dara yang dikaitkan dengan peletakan payu dara tidak betul," kata penyelidik.
Penyelidik berkata, fabrik baru berkenaan dapat membantu pengeluar menghasilkan lebih banyak coli yang selesa.
"Penyelidikan menunjukkan pengesan fabrik sesuai untuk memantau gerakan payu dara dan fungsi coli. Pencipta coli mempunyai kemampuan secara langsung menilai kesan perubahan kepada komponen setiap coli," kata mereka. - Agensi
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Khamis, Disember 13, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Coli bijak atasi kerosakan saraf silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "