/

Bank Negara mula keluarkan wang kertas versi baru

SUBANG 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengedarkan wang kertas RM50 versi baru bagi menggantikan yang sedia ada di semua bank seluruh negara mulai Januari ini (2008).

Selain mempunyai ciri keselamatan tambahan antisalinan, wang kertas itu juga istimewa kerana memaparkan gabungan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Untuk tujuan pengenalan, sebanyak 20,000 keping wang kertas RM50 versi baru itu akan dikeluarkan dalam bentuk kenang-kenangan bersama sampul khas yang dijual pada harga RM60 di semua cawangan BNM mulai 26 Disember ini.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, ini akan diikuti dengan pengedaran sebanyak 50 juta keping RM50 versi baru yang dicetak bersama logo ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 untuk kegunaan orang ramai mulai 30 Januari depan.

‘‘Cetakan logo ini hanya eksklusif untuk 20,000 keping RM50 versi kenang-kenangan dan 50 juta keping versi baru yang pertama,’’ katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Zeti menyerahkan wang kertas RM50 versi kenang-kenangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Kewangan pada upacara ringkas yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.

Abdullah ketika mengulas pengeluaran wang kertas kenang-kenangan itu menyifatkannya sebagai lambang kejayaan Malaysia sepanjang 50 tahun merdeka.

‘‘Terlalu banyak erti di sebalik wang kertas ini. Selain lambang kejayaan, ia juga lambang kemajuan, kestabilan ekonomi dan ringgit, kekuatan serta kemakmuran negara. Apa yang tertera di atas wang kertas itu memperlihatkan kejayaan Malaysia dari satu tahap ke satu tahap,’’ katanya yang cukup tertarik dengan paparan wajah bekas Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri pertama Malaysia.

Perdana Menteri berharap negara akan terus menempa lebih banyak kejayaan bagi tempoh 50 tahun akan datang.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai wang kertas versi baru tersebut, Zeti memberitahu warna yang terdapat pada jalur wang RM50 itu akan berubah-ubah jika dilihat dari sudut berbeza manakala pola cetakan khusus di kedua-dua belah jalur pula akan kelihatan di bawah cahaya ultra ungu.

‘‘Wang ini dihasilkan di sebuah kilang di Malaysia milik sebuah syarikat yang berasal dari Jerman,’’ tambahnya.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, Disember 22, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog