2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 9:06 PM

7Rabu,November

Susu ibu sumber kebijaksanaan

LONDON: Penyelidik Britain mendapati bayi yang disusukan dengan susu ibu dalam beberapa bulan pertama hayat mereka memiliki IQ lebih tinggi.

Akhbar Daily Mail melaporkan, ia nyata dalam sembilan daripada 10 kes, yang menyaksikan kanak-kanak mewarisi gen 'rangsangan otak' yang baru dikenal pasti.

Kajian turut mendapati bukti jelas bahawa bayi yang disusukan dengan susu ibu lebih gembira, sihat dan bijak berbanding yang disusukan dengan susu formula.

Ia juga membantu menyelesaikan perbalahan sekian lama mengenai faedah susu ibu ke atas kebijaksanaan - dan peranan semula jadi dan asuhan dalam memiliki IQ tinggi.

Kaitan antara susu ibu dan kebijaksanaan mula ditemui pada tahun 1929 dan kerap digunakan sebagai insentif untuk menggalakkan ibu menyusukan bayi mereka.

Bagaimanapun, kajian oleh Majlis Penyelidikan Perubatan tahun lalu menyatakan kajian adalah mitos kerana penyelidikan terdahulu gagal mengambil kira latar belakang ibu.

Ia mendapati, bayi yang disusukan dengan susu ibu bukan saja lebih bijak, mereka juga lebih berpendidikan dan mewujudkan persekitaran rumah lebih memberangsangkan.

Kini, dua kajian baru menunjukkan susu ibu memang membantu bayi tidak kira latar belakang keluarga.

Satu kajian yang diadakan ke 1,037 kanak-kanak di New Zealand, IQ diuji terhadap golongan itu yang berusia tujuh, sembilan, 11 dan 13 tahun dan satu lagi kajian membabitkan 2,232 pasangan kembar Britain yang IQ mereka diukur pada lima mata.

Kedua-dua kajian mendapati IQ bayi susu ibu adalah tujuh mata lebih tinggi, walaupun selepas latar belakang sosial mereka diambil kira - selagi mereka mewarisi gen tertentu dari ibu bapa.

Gen berkenaan, FADS2, terbabit dalam cara tubuh memproses asid lemak dalam pemakanan.
Hasil kajian dimuatkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

Profesor Terrie Moffitt dari Institut Psikiatri di London, berkata: "Perbahasan mengenai kebijaksanaan yang menyentuh isu semula jadi menentang asuhan berlanjutan sekurang-kurangnya satu abad. Kami mendapati kedua-duanya seiring." - Agensi




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, November 07, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog