Pengembaraan ke planet Marikh sudah lama menjadi impian manusia. Buktinya, begitu banyak filem dan bahan bacaan yang berkisar tentang planet Marikh wujud dalam dunia hari ini. Malaysia juga bercita-cita supaya suatu hari nanti akan ada rakyat Malaysia yang mencapai impian sedemikian, seperti yang dilaporkan dalam media baru-baru ini.
Namun buat masa ini, pengembaraan manusia ke planet Marikh dijangkakan masih sukar menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Kebanyakan ahli sains menjangkakan yang manusia akan sampai ke sana sekitar 2030 – lebih 20 tahun dari sekarang. Tetapi banyak yang sudah kita ketahui tentang planet Marikh. Robot-robot yang dihantar ke sana telah banyak menghantar maklumat mengenai planet berwarna merah ini, dan maklumat ini semuanya akan menjadi sangat penting dalam impian manusia untuk suatu hari menjelajah di sana.
Gambar diambil oleh Mars Pathfinder Spacecraft menunjukkan apa yang dipercayai dataran banjir di planet Marikh.
Foto: NASA/JPL/Malin Space Science Systems
Tetapi kenapakah terlalu sukar untuk manusia pergi ke planet Marikh? Bukankah manusia telah pun mendarat di bulan sebelum ini, jadi kenapa tidak Marikh? Ia tidaklah semudah itu. Pertama sekali, jarak dari bumi ke ISS ialah 360 km. Dari bumi ke bulan pula jaraknya lebih jauh sedikit, iaitu kira-kira 384,000 km – itu lah sebabnya kenapa tidak ada manusia yang mendarat di bulan sejak tahun 1972. Tetapi Marikh terletak berkali ganda lebih jauh iaitu kira-kira 56 juta ke 400 juta kilometer dari Bumi.
Gambar planet Marikh diambil oleh Teleskop Hubble.
Foto: Space Telescope Sciences Institute
Ini bermakna dengan teknologi hari ini, bergantung kepada kedudukan orbit secara relatif antara Bumi dan Marikh, perjalanan ke sana akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk pergi dan enam bulan lagi untuk pulang. Bandingkan ini dengan perjalanan ke bulan, yang boleh dilakukan dalam masa sehari dua sahaja. Jadi persoalan pertama ialah mengenai bekalan makanan, air dan bahan api untuk kapal angkasa.
Untuk satu perjalanan ke ISS atau ke bulan, kapal angkasa akan dilengkapi dengan semua bekalan yang cukup untuk sekali perjalanan pergi balik. Namun untuk satu perjalanan yang akan mengambil masa minimum 12 bulan untuk perjalanan sahaja ditambah pula lagi dengan tempoh satu setengah tahun di sana untuk menantikan jajaran orbit Bumi-Marikh yang sesuai untuk perjalanan pulang, amalan biasa agak mustahil. Penerbangan oleh kapal pembawa bekalan seperti yang dibuat dengan ISS juga tidak boleh dilakukan kerana jajaran orbit Mars-Bumi yang sesuai hanya terjadi sekali setiap dua tahun.
Satu lagi isu ialah bahaya kepada anak kapal, kerana pendedahan kepada radiasi di angkasa lepas bebas (deep space) jauh lebih tinggi kerana langsung tiada daya tarikan magnetik Bumi, dibandingkan dengan angkasawan di orbit atau yang dalam perjalanan ke bulan. Di Marikh sendiri, kesan radiasi mungkin boleh dibendung sedikit dengan membina modul tempat tinggal bawah tanah, tetapi semasa perjalanan pergi dan balik, kapal angkasa itu sendiri mestilah boleh menghalang tahap radiasi yang tinggi.
Ini hanyalah sedikit daripada banyak isu besar yang perlu diatasi sebelum perjalanan ke Marikh menjadi kenyataan. Ahli sains merancang untuk membina enjin tolakan tenaga nuklear, yang boleh meningkatkan kelajuan kapal angkasa lalu mengurangkan tempoh perjalanan.
Tentang makanan dan air pula, mungkin apa yang diperlukan boleh diproses sendiri di planet Marikh. Ini boleh menjadi kenyataan jika robot-robot yang dihantar ke sana menjumpai kewujudan ais, seperti yang diharapkan para saintis. Robot terbaru yang dihantar ke sana ialan Phoenix Mars Lander berharga 420 juta USD yang dijangka sampai ke Marikh pada musim bunga 2008. Misinya: untuk memastikan samaada kawasan sejuk di bahagian utara jauh planet Marikh mempunyai persekitaran yang satu masa dahulu membenarkan kehidupan.
Phoenix Mars Lander.
Foto: NASA/JPL-Caltech/ University of Arizona
Jika ais wujud, air planet Marikh boleh digunakan untuk minuman selepas ditapis. Dan oleh kerana air terdiri daripada oksigen dan hidrogen, air yang telah disuraikan mungkin boleh digunakan untuk menjadi bahan api kapal angkasa apabila ia tiba di planet Marikh.
Satu lagi cadangan oleh John Hoffman, seorang ahli fizik di University of Texas at Dallas, yang terlibat dalam pembinaan penjelajah Mars pada 2007 ialah untuk menghantar roket dua tahun sebelum pemergian manusia, yang akan membuat air cukup untuk manusia tinggal selama 18 bulan dan juga bahan api untuk perjalanan pulang.
Jika air, bahan api dan udara boleh dibuat di sana, maka makanan juga boleh ditanam. Jika sampel kimia di atas penjelajah Spirit menunjukkan bahawa tanah di Marikh tidak beracun, membina rumah hijau untuk menanam makanan adalah satu perkara yang mudah. 13 jenis tanaman telah pun dikenal pasti boleh hidup sihat di angkasa termasuk gandum, kentang, kacang soya, dan salad oleh Donald Henninger, seorang ketua saintis NASA.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Sabtu, November 03, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Perancangan Kembara Ke Marikh silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "