LONDON: Satu kajian semula kesihatan terbaru oleh pakar Britain mengemukakan hasil kontroversi apabila mendakwa hingga kini tiada bukti jelas mengaitkan garam sebagai punca risiko penyakit jantung dan serangan angin ahmar.
Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, kajian semula oleh Pakar Bedah Jantung Universiti James Cook, Middlesbrough, Dr Joel Dunning ke atas 462 penyelidikan seluruh dunia itu mencetuskan kekeliruan berikutan amaran kepada orang ramai sejak sekian lamanya yang menyenaraikan garam faktor penyebab serangan jantung dan angin ahmar atau strok.
Malah, hasil kajian semula itu turut menjadikan garis panduan kesihatan yang dikeluarkan kerajaan Britain, dipertikaikan.
"Teori garam boleh menyebabkan strok dan serangan jantung tidak boleh diterima. Sukar untuk membuktikan kaitan itu kerana tiada atau kurangnya ujian atau pemerhatian khusus dibuat sehingga boleh menyokong teori sedemikian.
"Pertubuhan tertentu seperti Agensi Piawaian Makanan (FSA) sekadar menerima tanggapan itu tanpa melakukan atau merujuk mana-mana bukti berkaitan," kata Dr Dunning.
Laporannya itu bagaimanapun menyokong pandangan amalan memakan kurang garam boleh memanfaatkan mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Menteri Kesihatan, Dawn Primarolo baru-baru ini berkata amalan pengambilan kurang garam, amat penting bagi diet individu. Amarannya itu mengulangi peringatan Kementerian Kesihatan mengenai bahaya garam yang dikeluarkan sejak bertahun lalu.
Malah, kalangan saintis utama turut mewujudkan kumpulan lobi dikenali Consensus Action on Salt and Health (Pakatan Tindakan Ke Atas Garam dan Kesihatan) yang melancarkan kempen mengurangkan garam, khususnya di dalam makanan yang diproses.
Dalam laporan utama yang diumumkan minggu lalu, pakar barah antarabangsa turut menyenaraikan produk makanan bahaya seperti daging dan sosej.
Mereka turut memberi amaran pengambilan garam melebihi 6 gram sehari boleh menjejaskan saluran usus, meningkatkan tekanan darah dan menyumbang masalah strok dan jantung.
Namun, Dr Dunning sebaliknya menyangkal amaran itu dengan berkata: "Ini kes mereka yang mahu mengehadkan diet orang lain sebelum melihat buktinya. Barisan Menteri memang suka berada di depan kamera televisyen menyatakan itu dan ini. Tetapi hakikatnya bukti yang garam sememangnya buruk untuk kesihatan, tidak wujud."
"Hakikat makanan tertentu seperti kerepek atau piza mengandungi garam tinggi, bukanlah alasan untuk tidak memakannya. Ia tidak memberi perbezaan kepada kesihatan atau menentukan jangka hayat anda."
Laporan Dr Dunning itu turut disokong Robert Matthews dari Universiti Aston, Birmingham.
"Bukti yang didakwa saintis Amerika Syarikat awal tahun ini, sukar diterima." – Agensi
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, November 05, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Garam bukan penyebab strok silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "