Penasihatnya, Prof Datuk Hamdan Adnan berkata adalah penting pengguna membuat persediaan daripada segi minda dan cara berbelanja dalam menghadapi kenaikan harga barang-barang keperluan yang sudah tidak dapat dielakkan lagi tahun depan.
"Ini memandangkan harga petrol kini sudah meningkat hampir sekali ganda daripada semasa harga bahan api itu di negara dikaji semula lebih setahun lalu," katanya dalam satu kenyataan berikutan harga minyak mentah hampir mencecah US$100 setong di pasaran dunia.
"Rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana terus mengeluarkan subsidi untuk memastikan harga minyak dalam negara tidak naik tahun ini," katanya.
Hamdan berkata bagaimanapun beliau tidak fikir kerajaan dapat menampung harga yang sedia ada tahun depan akibat kenaikan harga minyak terlalu tinggi di pasaran dunia sekarang.
Beliau berkata kenaikan harga bahan bakar sudah pasti memberi kesan kepada kos pengangkutan tetapi Fomca berharap kerajaan dapat memastikan sebarang kenaikan barang keperluan asas dan pengangkutan awam di negara ini adalah sesuai tahap kemampuan pengguna.
Mengulas lanjut persediaan pengguna apabila berlaku kenaikan harga tahun depan, beliau berkata orang ramai perlu mengambil tindakan seperti mengurangkan makan di luar dan membawa bekal ke pejabat atau tempat kerja.
Mengenai kenaikan harga roti buku berikutan kenaikan harga gandum, Hamdan menggesa kerajaan menguatkuasakan peraturan roti standard loaf yang sedia ada mengikut Akta Makanan.
"Pengeluar-pengeluar roti harus dikenakan kuota membuat standard loaf selain mengeluarkan roti berserat tinggi yang lebih mahal," katanya.
Menyentuh rungutan orang ramai mengenai kenaikan harga roti canai dan saiznya berbeza, beliau berkata pihak berkuasa dan peniaga perlu berbincang untuk mewujudkan peraturan roti canai standard bagi menetapkan bahan-bahan dan beratnya memandangkan makanan itu sudah menjadi makanan biasa.
Hamdan juga menyarankan kerajaan menghidupkan kembali program Buku Hijau sebagai langkah mengurangkan kesan kenaikan harga barang-barang keperluan. - Bernama
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Sabtu, November 03, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Fomca :: Pengguna Perlu Bersiap Sedia Hadapi Kenaikan Harga Barang silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "