Pakar Klimatologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Ramzah Dambul, berkata kewujudan penyakit itu kesan perubahan cuaca menyebabkan kemunculan pelbagai serangga baru yang menyebarkan virus kepada manusia.
“Perubahan cuaca dengan sendirinya menyebabkan perubahan dalam genetik serangga yang berkait rapat dengan kewujudan penyakit baru di seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali daripada ancaman berkenaan.
"Jika negara lain bimbang kehilangan bandar raya utama akibat ditenggelami lautan kesan peningkatan paras laut, kita di Malaysia harus bersedia menghadapi ancaman penyakit baru," katanya kepada Berita Minggu di sini, semalam.
Beliau yang juga pensyarah UMS mempunyai kepakaran dalam bidang klimatologi atau kajian iklim sains atmosfera merangkumi peredaran haba, pemindahan haba, perhubungan lautan dan darat serta komposisi kimia dan fizik atmosfera.
Sebelum ini, pakar klimatologi dunia meramalkan pemanasan global menyebabkan peningkatan paras air laut dan kekerapan banjir yang dijangka menyebabkan 20 bandar raya utama dunia akan tenggelam.
Dianggarkan 57 peratus peningkatan paras laut berpunca daripada kesan pengembangan haba di lautan manakala 28 peratus lagi disumbangkan pencairan glasier dan litupan ais.
Ramzah berkata, kawasan diramal dilanda pemanasan global adalah tanah tinggi Kundasang, Ranau dan Genting Highlands, Pahang.
“Kawasan beriklim sejuk terdedah kepada fenomena berkenaan. Sebagai contoh, Kundasang ketika ini mempunyai suhu di antara 16 hingga 23 darjah Celsius dan dijangka meningkat lebih 0.5 darjah Celsius dalam tempoh 50 tahun akan datang.
“Perubahan mendadak cuaca berkenaan bertentangan dengan perubahan cuaca sekitar 0.5 darjah Celsius dalam tempoh 20 tahun, seperti berlaku sebelum ini.
“Secara keseluruhannya, suhu di negara kita adalah di antara 23 darjah Celsius hingga 38 darjah Celsius dan ia diramal meningkat kesan pemanasan global,” katanya.
Mengenai kawasan yang diramal tenggelam di negara ini, Ramzah berkata, tiada bandar di pesisir pantai terdedah dengan ancaman berkenaan.
Katanya, kebimbangan beberapa bandar raya utama dunia akan tenggelam akibat pemanasan global hanya ramalan dan memerlukan penyelidikan lanjut. - BH (Oleh Mohd Azrone Sarabatin)
> Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, November 19, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Cuaca punca penyakit baru silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "