NEW YORK: Kanak-kanak aktif yang bermain dengan penuh bertenaga selama 20 hingga 40 minit sehari menjadikan otak serta tubuh mereka semakin kuat, menurut kajian yang menunjukkan mengapa aktiviti fizikal penting kepada golongan itu.
Penyelidik Kolej Perubatan Georgia di Amerika Syarikat membahagikan 163 kanak-kanak dengan berat badan berlebihan berusia tujuh hingga 11 tahun kepada tiga kumpulan dan mengawasi mereka selama tiga bulan.
Ketika kumpulan pertama tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal selepas sekolah, kumpulan kedua pula bermain dengan penuh bertenaga selama 20 minit lima hari seminggu selepas sekolah. Kumpulan ketiga pula melakukan aktiviti fizikal selama 40 minit lima hari seminggu, lapor akhbar USA Today.
Kumpulan yang aktif bermain permainan yang memerlukan banyak tenaga seperti melompat tali, berlari dan bola keranjang. Mereka memakai alat mengawasi kadar jantung dan diberi ganjaran kerana mengekalkan kadar degupan jantung tinggi secara purata.
Pelajar juga diberikan ujian fungsi kognitif pada awal dan akhir kajian. Mereka diuji untuk pencapaian matematik dan bacaan serta fungsi pelaksana.
Fungsi pelaksana termasuk skil penting bagi perancangan dan penganjuran, tumpuan terhadap kerja sekolah, menolak desakan hati, mengawasi diri sendiri dan menggunakan strategi untuk mencapai matlamat.
Saintis mendapati kanak-kanak dalam kumpulan yang aktif selama 40 minit mempunyai kemajuan penting dalam ujian fungsi pelaksana berbanding kumpulan lain.
Mereka mencatatkan peningkatan kira-kira empat mata dalam skala persembahan kognitif. Kumpulan yang bermain selama 20 minit pula menunjukkan separuh daripada kemajuan itu. Kemajuan kecil dicatatkan dalam pencapaian matematik bagi kedua-dua kumpulan lasak itu tetapi tidak petunjuk kemajuan dalam bacaan.
Penyelidik juga menjalankan imbasan otak dan mendapati kanak-kanak yang bermain mempunyai lebih banyak aktiviti saraf di kawasan depan otak - kawasan penting untuk fungsi pelaksana. Kanak-kanak dalam kumpulan yang suka bermain juga kehilangan kira-kira satu hingga dua peratus lemak tubuh. - Agensi
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Khamis, November 01, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Budak aktif lebih pintar silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "