2+4 hrs...Twogether Fourever

/

TV khas untuk fatwa

KAHERAH: Ketua Universiti Al-Azhar mahu menubuhkan stesen televisyen satelit untuk menyiarkan peraturan undang-undang Islam sebagai satu usaha untuk menamatkan 'kekeliruan fatwa', lapor media kelmarin.

Agensi berita Mena memetik Presiden Al-Azhar, Ahmed Al-Tayeb, sebagai menggesa penubuhan stesen satelit khas Al-Azhar untuk para ulama yang tidak menginginkan kemasyhuran atau wang.

Ia bakal menyediakan panduan berhubung sains pengeluaran fatwa dan membentangkan isu Islam.

Al-Tayeb berkata stesen itu diharapkan dapat memerangi apa yang disifatkan sebagai 'kekecohan fatwa' dan penyebaran kekeliruan di kalangan masyarakat.

Universti pengajian Islam paling terkemuka di Mesir itu mahu memastikan cuma ada satu pihak berkuasa yang mengeluarkan fatwa.

Awal tahun ini, Universiti Al-Azhar menggantung tugas seorang pensyarah yang mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan fatwa yang menyatakan lelaki dewasa boleh menyusu dengan rakan sekerja wanitanya sebagai cara untuk mereka mengelak daripada melanggar hukum Islam yang melarang lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan.

Mengikut hukum Islam, penyusuan susu ibu mewujudkan hubungan persaudaraan susuan, walaupun jika wanita berkenaan menyusukan bayi yang bukan anak kandungnya.

Pandangan pensyarah itu dilaporkan secara meluas oleh stesen televisyen dan dibincangkan di Parlimen.

Namun, Universiti Al-Azhar menegaskan fatwa itu bertentangan dengan Islam. - Reuters.



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Oktober 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog