Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 7:46 AM

19Jumaat,Oktober

Thailand raih pendapatan AS$4 billion daripada eksport automobil dalam setengah tahun pertama

BANGKOK: Walaupun permintaan domestik lembap dan keadaan politik tidak stabil, industri automobil Thailand mencatatkan prestasi eksport yang memuaskan dengan pendapatan berjumlah AS$4.058 bilion (AS$1=RM3.36) dalam tempoh setengah tahun pertama 2007.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 24.21 peratus berbanding pencapaian dalam tempoh yang sama pada 2006, demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penggalakan Eksport.

Nilai eksport bahagian dan aksesori kereta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berjumlah AS$3.26 bilion, meningkat 30.63 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan mengukuh selanjutnya kepada AS$3.826 bilion pada bulan Julai.

Sookjai Leungmekul, pengarah Kelab Industri Bahagian Kereta, berkata oleh kerana kereta merupakan barang kelima terpenting dalam kehidupan seseorang, industri bahagian dan aksesori automobil mampu mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan pada masa akan datang.

"Negaranegara yang mengimport automobil perlu juga mengimport bahagian dan aksesori kereta kerana tidak mungkin negara-negara ini membuat produk ini sendiri," katanya kepada media di sini.

Sebagai sebahagian daripada usaha Thailand untuk meningkatkan jualan eksport bahagian dan aksesori automobil Thailand kepada 400 bilion baht menjelang 2010, Jabatan Penggalakan Eksport akan menganjurkan pameran Bahagian dan Aksesori Automobil Thailand 2008 (TAPA 2008) pada 23 hingga 27 April.

TAPA 2008 dijangka menarik penyertaan 400 syarikat dari Thailand, Korea, Jepun, Taiwan, Hong Kong, China, Malaysia, India, Australia, New Zealand, Jerman, Itali, Amerika Syarikat dan Kanada.

Thailand, yang giat memperkenalkan dirinya sebagai "Detroit Asia," mempunyai kira-kira 300,000 orang yang bekerja dalam 14 kilang pemasangan automobil yang dimiliki beberapa pengeluar kenderaan terkenal di dunia. - BERNAMA



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Oktober 19, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog