Saban tahun kita menyaksikan umat Islam seluruh dunia merayakan Hari Raya Aidilfitri pada tarikh yang berbeza-beza. Senario yang sama juga tampak berterusan berlaku pada tahun ini. Melalui penelitian penulis, sekurang-kurangnya terdapat empat tarikh berbeza perayaan Aidilfitri kali ini. Umpamanya di Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat (Misssouri), Aidilfitri disambut pada 13 Oktober. Negara-negara Teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain dan UAE merayakannya pada 12 Oktober. Malah terdapat juga negara yang merayakan Aidilfitri pada 11 Oktober (Nigeria) dan 14 Oktober (Pakistan).
Senario perbezaan tarikh sambutan Aidilfitri dan Ramadan juga sering berlaku dalam kalangan umat Islam walau berada dalam daerah geografi yang sama. Penulis masih ingat pengalaman ketika menuntut di United Kingdom. Sudah menjadi lumrah dalam kalangan penduduk Islam merayakan Aidilfitri mengikut fatwa yang diputuskan oleh jawatankuasa masjid masing-masing walaupun berada dalam daerah yang sama.
Sebagai contoh di daerah Leicester tempat penulis menuntut, terdapat sekurang-kurangnya dua masjid yang didirikan berasaskan negara asal penduduk seperti Pakistan dan Bangladesh yang berkedudukan begitu hampir antara satu sama lain. Keadaan sama turut berlaku pada tahun ini. Rakan-rakan penulis yang masih menuntut di sana memaklumkan umat Islam di United Kingdom merayakan Aidilfitri pada dua tarikh berbeza. Ada yang merayakan pada hari Jumaat (12 Oktober), manakala sebahagian yang lain menyambut Hari Raya pertama pada hari Sabtu (13 Oktober).
Persoalannya,
Apakah perbezaan tarikh sambutan Hari Raya ini mencerminkan realiti umat Islam hari ini yang sukar bersatu dan bercerai-berai?
Adakah Islam mengiktiraf perbezaan tarikh sambutan Aidilfitri?
Jika diteliti sejarah Islam, perbezaan tarikh mula berpuasa Ramadan dan permulaan Syawal telah berlaku sejak kurun pertama Hijrah lagi. Sebuah hadis masyhur yang diriwayatkan oleh Kuraib menceritakan bagaimana Ummu Fadl, anak perempuan Harith telah menghantar anaknya Fadl kepada Muawiah di Syria. Ketika beliau berada di Syria, bulan Ramadan baru sahaja bermula. Kata Fadl: “Aku melihat anak bulan Ramadan pada hari Jumaat dan aku pulang ke Madinah pada penghujung bulan Ramadan.”
Apabila tiba di Madinah, Ibn Abbas bertanyakan mengenai anak bulan Ramadan: “Bila kamu melihatnya?” Jawab Fadl: “Kami melihatnya pada malam Jumaat.” Ibn Abbas bertanya lagi: “Adakah kamu melihatnya sendiri?” Fadl menjawab: “Ya, bahkan orang ramai turut melihatnya dan mereka berpuasa bersama-sama Muawiah.” Ibn Abbas lantas berkata: “Tetapi kami hanya dapat melihat anak bulan Ramadan pada Sabtu malam, jadi kami akan terus mencukupkan puasa selama 30 hari atau jika kami nampak anak bulan Syawal.” Fadl bertanya kepada Ibn Abbas: “Apakah anak bulan yang dilihat Muawiah tidak terikat bagi kamu?” Ibn Abbas menjawab: “Tidak, inilah pendekatan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami.” (Riwayat Muslim)
Walaupun hadis di atas memberi indikasi bahawa umat berhak merayakan Aidilfitri mengikut keupayaan melihat anak bulan berasaskan wilayah geografi masing-masing, ia tidak pula bermakna setiap individu berhak membuat keputusan mengikut cita rasa sendiri. Sebaliknya ulama telah bersepakat bahawa keputusan mestilah dilakukan secara kolektif dan diputuskan oleh penguasa yang mewakili umat Islam dalam sesebuah wilayah atau negara.
Menurut Prof. Dr. Sano Koutoub Moustapha, Timbalan Rektor UIA yang juga merupakan Naib Pengerusi Akademi Majlis Fatwa OIC, adalah haram bagi umat Islam yang berada di sesebuah wilayah berpuasa Ramadan dan merayakan Aidilfitri pada hari yang berbeza antara satu sama lain. Sebaliknya, mereka wajib mematuhi keputusan kepimpinan umat Islam di negara tersebut dan bukannya berpandukan fatwa yang diputuskan oleh pemimpin dari mana-mana negara lain.
Demikianlah prinsip Islam yang begitu menitikberatkan ketaatan dan kepatuhan kepada kepimpinan atau ulul-amri dalam satu-satu wilayah sebagai faktor pemersatu dalam pelbagai perkara termasuklah dalam isu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam sekali gus melenyapkan perasaan ketaksuban kepada puak dan nilai asabiah kenegerian yang sempit.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Oktober 22, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tarikh Aidilfitri dan kesatuan ummah silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "