

Dunia masakan Paris tunggang terbalik dengan pelbagai aksi lucu dalam filem animasi terbaru berjudul Ratatouille
MUNGKIN tidak pernah terlintas di fikiran kita bagaimana seekor tikus boleh bercita-cita untuk menjadi tukang masak terkenal. Apatah lagi fitrah haiwan itu yang diketahui cukup pengotor dan menjijikkan. Namun dalam dunia animasi semuanya boleh terjadi. Menerusi filem animasi Ratatouille, seekor tikus bernama Remy digambarkan sebagai haiwan yang mempunyai keinginan tinggi untuk menjadi seorang tukang masak handal.
Berbekalkan kebolehan deria bau yang tinggi, Remy mampu mengesan makanan yang sedap serta mencipta resipi enak berdasarkan keistimewaan yang dimilikinya itu. Hasrat yang menggunung itu sebenarnya didorong oleh seorang tukang masak terkemuka Paris, Auguste Gusteau yang terkenal dengan kata-kata hikmatnya, “Semua orang boleh memasak”. Kapakaran Gusteau dalam bidang masakan serta personalitinya yang berhemah membuatkan Remy menjadikannya sebagai idola.
Kata hikmah itulah yang menjadikan Remy semakin yakin mampu menggapai impiannya itu walaupun keluarganya sendiri tidak mempercayai bakat yang dimiliki anaknya itu.
Satu hari, Remy meluahkan hasrat itu kepada abangnya, Emile dan bagi membuktikan bakat istimewanya itu, Remy dan Emile menyelinap ke sebuah rumah untuk mencari bahan untuk dimasak. Malangnya perbuatan mereka itu disedari tuan rumah lalu berlakulah adegan kejar mengejar.
Dalam keadaan kelam kabut, dua beradik itu berjaya meloloskan diri dan Remy sempat mencapai sebuah buku masakan yang ditulis mendiang Gusteau. Namun, nasib tidak menyebelahi Remy apabila dia terpisah dari keluarganya sewaktu cuba melarikan diri. Insiden itu juga menemukannya dengan seorang budak pengangkut sampah, Luigini yang bekerja di restoran milik Gusteau.
Berkongsi cita-cita yang sama, Remy dan Luigini akhirnya menjadi bersahabat baik. Menyedari mereka sebenarnya memerlukan antara satu sama lain dalam usaha mencapai cita-cita masing-masing iaitu menjadi tukang masak terkenal lantas satu pakatan dibuat untuk merealisasikan hasrat itu.
Malangnya, pakatan yang dibuat itu akhirnya mencetuskan pelbagai konflik dan juga menimbulkan aksi lucu sehingga menyebabkan dunia masakan Paris tunggang terbalik gara-gara perbuatan mereka.
Pengarah filem ini, Brad Bird pernah menyatakan sebagai manusia pernah menyimpan cita-cita yang pada hakikatnya sukar untuk direalisasikan. Namun atas keinginan yang menebal kita akan berusaha untuk menggapainya. Justeru, Bird menjadikan watak Remy sebagai metafora untuk menunjukkan tidak ada impian yang tidak boleh dicapai andai diiringi dengan usaha gigih.
Hasrat Remy pernah terbantut seketika apabila bapanya yang sejak awal lagi tidak merestui cita-citanya itu pernah membawanya ke kedai yang menjual racun dan perangkap tikus sebagai bukti bahawa manusia dan tikus tidak mungkin dapat bersahabat baik. Pun begitu, apa yang dinyatakan bapanya itu sedikitpun tidak meninggalkan kesan dalam dirinya. Biarpun mempunyai tubuh badan yang kecil, Remy mempunyai jiwa yang besar dan enggan menyerah kalah.
Berbekalkan usaha yang gigih dan juga nasib, Remy menerjah cabaran yang datang bagi membuktikan tikus sepertinya mampu mencapai impian yang disifatkan mustahil oleh ahli keluarganya.
Ratatouille banyak mengajar kita mengenai nilai persahabatan dan kekeluargaan yang akan tetap kekal sampai bila-bila biarpun masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza.
Plot filem ini digarap dengan kemas dan pemilihan kota Paris sebagai lokasi filem ini memang bersesuaian apatah lagi ia banyak memaparkan hidangan Perancis yang lazat dan sememangnya terkenal di seluruh dunia. Filem ini juga amat bernasib baik kerana ditunjangi pelakon handalan antaranya calon Anugerah Academy sebanyak lapan kali, Peter O’Toole yang membawa watak pengkritik makanan, Anton Ego dan juga pelawak terkenal Patton Oswalt yang suaranya begitu sesuai membawakan karakter Remy.
Filem hasil karya pengarah yang pernah mengarahkan filem animasi The Incredibles ini memang sesuai ditonton kanak-kanak tetapi dengan bimbingan ibu bapa kerana terdapat beberapa adegan dalam filem ini tidak bersesuaian dengan budaya kita.
INFO
Nama Filem: Ratatouille
Pelakon: Patton Oswalt, Lou Romano, Brian Dennehy, Brad Garret, Ian Holm dan Peter O’Toole
Genre: Animasi
Penulis/Pengarah: Brad Bird
Penerbit: Brad Lewis
Tarikh Tayangan: 16 Ogos 2007
Muatturun (12 Bahagian) ::
Part 1 of 12,
Part 2 of 12,
Part 3 of 12,
Part 4 of 12,
Part 5 of 12,
Part 6 of 12,
Part 7 of 12,
Part 8 of 12,
Part 9 of 12,
Part 10 of 12,
Part 11 of 12,
Part 12 of 12,
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Selasa, Oktober 09, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ratatouille (rat.a.too.ee) silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "