Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 2:52 AM

2Selasa,Oktober

Muslim boleh derma organ untuk bukan Islam

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Perbezaan agama bukan penghalang kepada umat Islam untuk menderma organ kepada orang bukan Islam kerana tidak timbul pertikaian dari segi hukum mengenai perkara tersebut.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, dakwaan bahawa menderma organ kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama sekali.

Surah Al-Baqarah ayat 272 antara lain membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk menyelamatnya nyawa,” katanya.

Beliau mengulas mengenai nasib penerima jantung mekanikal, Tee Hui Yee, 14, yang telah setahun menunggu untuk mendapatkan jantung baru.

Hui Yee mempunyai tempoh setahun sahaja lagi untuk mendapatkan penderma jantung kerana jangka hayat jantung mekanikal yang digunakan sekarang ialah dua tahun.

Mohd. Asri berkata, jika bantuan diberikan kepada orang bukan Islam sudah tentu ia dapat memperbetulkan pelbagai salah tanggapan mengenai Islam selain menjadi satu strategi yang baik dalam usaha dakwah.

Sementara itu, Pengarah Klinikal, Pemindahan Jantung dan Paru-Paru dan Program Jantung Mekanikal, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Mohd. Ezani Taib berkata, beliau pernah menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai prosedur menderma organ.

Tetapi penderma mahu hanya orang Islam menerima organnya kerana kononnya ia melibatkan soal hukum,” katanya.

Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz berkata, pendermaan organ perlu dilihat sebagai satu amalan dan perbuatan baik.

Jika seseorang itu kurang beramal dan mengumpulkan bekalan untuk ke akhirat, maka dermakanlah organ terutama kornea mata dan jantung.

Mungkin perbuatan yang cukup mudah ini bukan sahaja dapat menambahkan pahala malah ia akan menjadi penyelamat daripada neraka atau perisai kepada dosa-dosa kita selama ini,” katanya.

Menurutnya, umat Islam sewajarnya tidak mempersoalkan mengenai status agama dan kaum yang menerima organ yang didermakan itu.

Sama seperti kita menderma darah, status penerima darah tersebut tentunya tidak diketahui.

Saya berharap waris-waris terdekat membenarkan organ-organ anggota keluarga mereka yang meninggal dunia terutama dalam kes kemalangan didermakan secara sukarela,’’ katanya.



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Oktober 02, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog