2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:45 AM

29Isnin,Oktober

Limosin Pol Pot dilelong RM119,000

PHNOM PENH: Peminat fanatik kereta klasik dan mempunyai wang sekurang-kurangnya £35,000 (RM119,000) berpeluang memiliki sebuah kereta limosin yang didakwa pernah digunakan bekas pemimpin kejam Khmer Rouge, Pol Pot yang dilelong di laman web lelong eBay.

Iklannya di eBay menyatakan: “Untuk dijual. Sebuah kereta klasik Mercedes Benz 1973 yang pernah digunakan pemiliknya yang terkenal, Pol Pot, pemimpin Khmer Rouge yang diketahui kerana pemerintahan kejamnya di Kemboja pada 1975-1979.”

Kereta itu dikatakan dibeli pemilik sekarang pada 2001 yang menggunakannya bagi bersiar-siar di sekitar Phnom Penh pada hujung minggu.

Setakat tengah hari semalam, kereta itu menerima satu bidaan dan tempoh bida itu berakhir esok.

Pemiliknya seorang ahli perbankan Britain, Paul Freer yang membeli kereta itu ketika menetap di Phnom Penh sebelum berpindah ke Laos, setahun lalu.

Beliau bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengulas lanjut.

Malah, sama ada kereta itu pernah digunakan Pol Pot juga tidak dapat disahkan setakat ini.

Ini disebabkan rekod mengenainya lenyap sewaktu pemerintahan rejim Khmer Rouge yang menghapuskan pemilikan persendirian dan berhasrat mengubah Kemboja sebagai negara didiami masyarakat petani.

Dasar radikal kumpulan komunis itu turut menyaksikan kematian 1.7 juta orang akibat kelaparan, penyakit, kerja berlebihan dan dibunuh.

Sebahagian hasil jualan itu akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan Kemboja,” kata maklumat lannut kereta berkenaan di eBay.

Ia mendakwa kereta itu dimiliki seorang wartawan asing yang mendapati kenderaan itu pernah digunakan petani Kemboja membawa tembikai ke pasar.

Iklan eBay itu turut mendakwa kereta klasik itu pernah digunakan bintang Hollywood, Matt Dillon sewaktu menjalani penggambaran ‘City of Ghosts’ di Kemboja pada 2001.

Sementara menunggu kehadiran pemilik barunya, kereta berkenaan dipamerkan di Hotel Renakse yang bertentangan Istana Diraja di Phnom Penh, sejak setahun lalu, kata pekerja hotel, Yan Phirun yang mendakwa dirinya anak saudara isteri pertama Freer, Chhea Lina. – AP




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Oktober 29, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog