2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 6:14 PM

9Selasa,Oktober

Lelaki tertua di Kelantan

Oleh Adnan Mohamad (myMetro)

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki yang juga bekas buruh paksa jalan kereta api maut di Burma (Myanmar), Ahmad Dogol, mendakwa usianya kini mencecah 135 tahun, sekali gus menjadi lelaki tertua di Kelantan.

Dia mendakwa dilahirkan pada 1872 walaupun kad pengenalannya tertera tarikh lahir pada 1909 dan jika dihitung usianya kini 98 tahun.

Keluarganya yang ditemui di Kampung Kok Kiyeh dekat Gual Sitok di sini, mendakwa Ahmad Dogol berusia lebih 100 tahun.

Anak perempuan keduanya, Malkalsom berkata, bapanya berusia lebih 100 tahun kerana ketika dikerah ke Burma untuk membina landasan kereta api maut, bapanya sudah remaja.

Menurutnya, bapa masih mengingati semua kejadian yang berlaku pada masa itu sehinggalah berjaya pulang ke kampung halaman.

"Saya percaya mungkin berlaku kesilapan ketika bapa berurusan membuat kad pengenalan ketika itu kerana masing-masing tidak ingat tarikh mereka dilahirkan," katanya yang kini berusia 67 tahun.

Ahmad yang kini semakin uzur dan menghadapi masalah pendengaran tinggal bersama anaknya, Malkalsom selepas kematian isterinya, Minah Abdullah, 27 tahun lalu.

Tiga lagi anak Ahmad, semuanya perempuan berusia 61 hingga 71 kini tinggal bersama keluarga masing-masing termasuk di Kuala Krai, Pasir Mas dan Terengganu.

Malkalsom berkata, bapanya bekerja sebagai petani selepas kembali dari sempadan Burma-Thailand dan bersyukur terselamat daripada kekejaman tentera Jepun.

"Dia sering menceritakan pengalamannya ketika berada di Burma selama tiga tahun serta pengalaman pahit yang dialami akibat kekejaman tentera Jepun yang sering menyeksa buruh paksa di sana," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad yang dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Periok, Datuk Shaari Mat Hussain, tidak dapat bercakap panjang lebar kerana menghadapi masalah pendengaran.

Ahmad yang kini mempunyai 25 cucu hanya boleh menjawab dengan perlahan soalan yang diajukan.

"Pak cik hanya ingin memakan nasi kerabu dan lain-lain kuih tradisional Kelantan yang enak," katanya ketika diajukan soalan oleh Shaari mengenai makanan kegemarannya untuk berbuka puasa.

Sementara itu, Shaari berkata, selain mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), keluarga Ahmad akan mendapat sebuah rumah baru yang disediakan melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak lama lagi.

Menurutnya, keluarga Ahmad antara 2,300 warga miskin yang diberikan bantuan menjelang Aidilfitri.



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Oktober 09, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog