KUALA LUMPUR: Mulai
1 November ini pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (
KWSP) yang mencapai umur persaraan 55 tahun, diberi
pilihan sama ada mengeluarkan semua caruman mereka sekali gus, berperingkat atau secara bulanan.
Kaedah pengeluaran lebih fleksibel itu adalah antara 12 pembaharuan utama yang diperkenalkan agensi pengurus dana pencen itu bagi memastikan pencarum mempunyai jaminan kewangan bagi menghadapi hari persaraan.
Pembaharuan lain termasuk melanjutkan tempoh had umur pekerja yang wajib mencarum daripada 55 kepada 75 tahun serta memperkenalkan konsep simpanan asas mengikut umur yang mana pencarum yang mempunyai caruman melebihi paras ditetapkan dalam Akaun 1, dibenarkan melaburkan wang mereka dalam saham amanah yang diluluskan.
Pencarum KWSP yang mempunyai caruman lebih RM1 juta pula boleh mengeluarkan jumlah yang melebihi RM1 juta itu untuk tujuan pelaburan setiap tiga bulan tertakluk kepada pengeluaran minimum RM100,000 bagi setiap pengeluaran.
Menjelaskan pembaharuan di bawah inisiatif strategik bertemakan 'Bukan Hanya Simpanan' yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 1 Januari 2013 itu, Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol, berkata bagi menggalakkan ahli yang sudah mencapai umur persaraan mengeluarkan caruman secara berkala, KWSP memperkenalkan tiga pilihan kaedah pengeluaran, iaitu secara sekali gus, bulanan atau berperingkat.
Beliau berkata, bagi pencarum yang memilih pengeluaran bulanan, jumlah minimum ialah RM250 sebulan dan ia mestilah untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun.
Bagi yang memilih secara berperingkat pula, pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dengan kadar kekerapan setiap 30 hari tertakluk kepada minimum RM2,000 setiap pengeluaran.
"Baki caruman yang dikekalkan dalam akaun mereka di KWSP akan terus menikmati bayaran dividen kerana di bawah pembaharuan yang diperkenalkan ini, dividen akan dibayar ke atas caruman pencarum sehingga mereka mencapai umur 75 tahun," katanya pada taklimat media di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Rusma Ibrahim.
Azlan berkata, bagi menggalakkan pencarum terus bekerja selepas bersara untuk menambah simpanan persaraan mereka, mulai 1 Februari tahun depan, KWSP melanjutkan had wajib mencarum daripada 55 tahun kepada 75 tahun.
Bagaimanapun, kadar carumannya dikurangkan separuh bagi mengurangkan beban majikan, iaitu 5.5 peratus daripada jumlah gaji bagi pekerja dan enam peratus bagi majikan.
Beliau berkata, bagi membolehkan pencarum semua peringkat umur melaburkan sebahagian caruman untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka, mulai 1 Februari tahun depan KWSP memperkenalkan konsep simpanan asas.
Di bawah konsep itu, pencarum yang mempunyai caruman melebihi kadar simpanan asas ditetapkan dalam Akaun 1, dibenarkan mengeluarkan 20 peratus daripada lebihan itu untuk dilaburkan dalam saham amanah yang diluluskan.
Perkiraan simpanan asas itu dibuat dengan mengambil kira pencarum mesti mempunyai simpanan minimum RM120,000 ketika mencapai umur 55 tahun untuk membolehkan mereka menerima bayaran RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun atau sehingga mencapai umur 75 tahun.
Memberikan contoh, beliau berkata, kadar simpanan asas bagi pencarum yang berumur 25 tahun ialah RM25,000, 40 tahun (RM44,000) dan 50 tahun (RM90,000).
Sejajar dengan pengenalan konsep itu, berkuat kuasa 1 Januari 2013, KWSP juga akan memperkenalkan peraturan yang mana pencarum yang telah mencapai umur 50 tahun hanya dibenarkan mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 setelah mempunyai simpanan mencukupi dalam Akaun 1 seperti ditetapkan dalam kadar simpanan asas itu.
Azlan berkata, pembaharuan utama lain yang akan dilaksanakan KWSP berikutan pindaan terhadap Akta KWSP 1991 bertujuan meningkatkan simpanan persaraan pencarum ialah membenarkan anak mencarum ke dalam akaun ibu bapa dan begitu juga suami atau isteri mencarum ke dalam pasangan masing-masing.
Mulai 1 Jun tahun depan pula, ahli boleh mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 untuk membeli polisi insurans kesihatan penyakit kritikal untuk diri sendiri atau keluarga terdekat menerusi Skim Insurans Penyakit Kritikal.
Beliau berkata, KWSP juga mengemaskinikan pentadbiran termasuk yang meliputi perkara berkaitan bantuan hilang upaya dan kematian serta mewajibkan majikan besar mengemukakan borang caruman secara elektronik.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try
,
Selasa, Oktober 23, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
KWSP perkenal 12 pembaharuan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "