2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kalendar Persekolahan 2008

KUALA LUMPUR, - Penggal pertama persekolahan tahun 2008 untuk Kumpulan A membabitkan sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula 2 Jan hingga 6 Mac tahun depan.

Cuti pertengahan penggal pertama Kumpulan A akan bermula 7 Mac hingga 15 Mac, sesi persekolahan akan bermula pada 16 Mac hingga 22 Mei manakala cuti pertengahan tahun akan bermula dari 23 Mei hingga 7 Jun, Kementerian Pelajaran mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi penggal kedua pula, hari persekolahan bagi Kumpulan A akan bermula 8 Jun hingga 14 Ogos manakala cuti pertengahan penggal kedua akan bermula pada 15 Ogos hingga 23 Ogos, hari persekolahan akan bermula pada 24 Ogos hingga 13 November dan 14 Nov hingga 3 Januari 2009 ialah cuti akhir tahun untuk penggal kedua.

Bagi sekolah-sekolah dari Kumpulan B membabitkan Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya penggal pertama persekolahan itu bermula 3 Jan hingga 7 Mac.

Cuti pertengahan penggal pertama pula akan bermula dari 8 Mac hingga 16 Mac, hari persekolahan akan disambung semula pada 17 Mac hingga 23 Mei manakala cuti pertengahan tahun penggal pertama akan bermula pada 24 Mei hingga 8 Jun.

Bagi sesi penggal kedua kumpulan B, hari persekolahan akan bermula 9 Jun hingga 15 Ogos, cuti pertengahan penggal mulai 16 Ogos hingga 24 Ogos dan hari persekolahan akan disambung semula mulai 25 Ogos hingga 14 Nov.

Cuti akhir tahun penggal kedua bagi sekolah-sekolah dalam kumpulan B ialah mulai 15 Nov hingga 4 Jan 2009.

Jumlah hari persekolahan bagi kedua-dua kumpulan A dan kumpulan B termasuk cuti am ialah 207 hari manakala jumlah cuti penggal ialah 84 hari. - Bernama



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Oktober 24, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog