/

Apa profil penjenayah terhadap kanak-kanak?

Oleh JESWAN KAUR (mSTAR Online)

KUALA LUMPUR: Adakah mereka yang melakukan jenayah kejam terhadap kanak-kanak mempunyai personaliti tertentu? Ini mungkin apa yang ingin diketahui oleh orang ramai selepas mayat bogel Nurin Jazlin Jazimin ditemui dalam beg sukan pada 17 Sept lepas.

Nurin, 8, yang didera secara seksual dikatakan mati akibat ususnya pecah selepas timun dan terung disumbat ke dalam duburnya.

Terdapat juga kesan menunjukkan Nurin dicekik.

Ini bukan pertama kali perlakuan kejam terhadap kanak-kanak dilaporkan di negara ini.

Bagaimanapun diharapkan perbuatan kejam seperti ini adalah yang terakhir.

* Dua puluh tahun yang lepas Ang May Hong dirogol dan dibunuh di lokasi tidak sampai 70m dari rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

* Kemudian pelajar sekolah Audrey Melissa Batinathan dirogol dan dibunuh semasa berjalan ke sekolahnya di ibu negara.

* Tidak lama kemudian, negara digemparkan dengan insiden rogol dan bunuh Nurul Huda Gani, 10, pada 2004.

Insiden terbaru ini menerima reaksi meluas akan siapa pengecut yang sampai hati untuk melakukan jenayah kejam seperti ini.

Bagi pakar psikiatri, perbuatan kejam seperti ini membayangkan perbuatan mereka yang sakit jiwa ataupun yang mengalami gangguan seksual.

Apa yang menyukarkan usaha menangkap mereka ini ialah ketiadaan profil terperinci yang menggambarkan `personaliti' penjenayah terbabit.

Mereka yang melakukan jenayah kejam terhadap Ang May Hong dan Audrey Melissa Batinathan masih bebas, terlepas daripada hukuman.

PERASAAN MARAH MELAMPAU
Pakar psikologi berkanun Profesor Dr Low Wah Yun daripada Fakulti Perubatan University Malaya memberitahu Bernama mereka yang terbabit dalam kes-kes jenayah kejam dan seks lazimnya menghadapi masalah psikologi, khasnya gangguan personaliti.

"Adalah tidak benar yang mereka ini melakukan jenayah itu untuk memuaskan nafsu seks mereka semata-mata. Apa yang mendorong mereka bukan seks tetapi kemarahan keterlaluan yang terpendam dan apa yang terbuku dalam hati dilepaskan melalui perlakuan seks.

"Ia satu perlakuan yang berpunca kerana rasa marah dan untuk menunjukkan kekuatan selain perilaku antisosial yang turut mendorong untuk melakukan jenayah sungguh kejam seperti itu.

Mereka mendapat kepuasan seksual daripada perbuatan seperti itu," katanya.

Prof Dr Low berkata lelaki agresif seperti ini mungkin menghadapi masalah dalam mengawal emosi dan perasaan mereka dan mudah tunduk kepada tekanan.

"Mereka tidak kisah dengan akibat daripada tindakan mereka. Bagaimanapun tidak kira apa masalah mereka, itu bukan alasan untuk melakukan jenayah. Ia tetap perbuatan jenayah dan mereka yang melakukannya mesti diambil tindakan."

TIADA PROFIL TIPIKAL
Prof Dr Low berkata adalah mustahil untuk menentukan mereka yang melakukan kesalahan seperti ini berdasarkan air muka mereka.

"Ia boleh jadi sesiapa sahaja, tidak kira status sosial, agama, kaum, usia dan masyarakat. Kanak-kanak dan wanita menjadi sasaran mereka kerana mereka mudah dikuasai dan dijadikan mangsa.

"Lelaki sadis ini mungkin mempunyai tanggapan lain akan konsep kelakian atau apa rasanya untuk menjadi lelaki, secara asasnya siapa yang lebih berkuasa. Dan lebih penting bagi mereka ialah mencari mangsa, tidak kira mereka kanak-kanak atau dewasa," tambah beliau.

TIADA KESERAGAMAN
Pengarah dan perunding kanan psikiatri (forensik) Hospital Bahagia Ulu Kinta Datuk Dr Suarn Singh berkata adalah sukar untuk membuat spekulasi akan apa yang mendorong seseorang untuk bertindak begitu kejam dan untuk memprofil mereka.

"Dalam membuat profil, metodologi adalah penting. Wikipedia mentakrif langkah memprofil pesalah sebagai satu kaedah mengenalpasti mereka yang melakukan sesuatu jenayah dengan analisis sifat kesalahan dan cara ia dilakukan.

"Pelbagai aspek membentuk personaliti penjenayah yang ditentukan melalui perbuatan penjenayah sebelum, semasa dan selepas jenayah itu. Maklumat ini apabila disatukan dengan butir-butir relevan yang lain serta bukti fizikal dan kemudian dibandingkan dengan ciri-ciri personaliti yang diketahui bagi jenayah seperti itu," katanya.

PEMBUNUH SEKSUAL ADALAH JENIS SUKA MENYENDIRI
Dr Suarn berkata pembunuhan seksual adalah berlainan daripada homisid lain.
"Ada beberapa daripada jenis personaliti yang muncul dalam kajian yang mencirikan `pembunuh seksual' khasnya membabitkan kanak-kanak.

Individu itu adalah pemalu yang pasif dengan rasa benci terhadap kaum hawa dan asyik dengan khayalan sadis yang melampau.

"Latar belakang keluarga individu ini lazimnya menunjukkan penyalahgunaan dadah atau alkohol, keluarga yang tidak stabil dan dipinggirkan, disiplin yang tidak konsisten dan adakalanya mereka sendiri menjadi mangsa penderaan seksual.

Pembunuh seksual lazimnya suka menyendiri dan menunjukkan pencapaian rendah daripada segi akademik dan pekerjaan," jelas beliau.

"Bagaimanapun, terdapat ramai yang boleh didiagnosis sebagai pembunuh seksual tetapi tidak mencederakan sesiapa daripada segi fizikal. Tiada bukti dalam kajian ataupun dalam pengalaman saya yang menunjukkan yang mereka yang bersalah ini `suka' dengan kanak-kanak kerana mudah diambil kesempatan.



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Oktober 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog