LONDON: Telefon bimbit cuma perlu digunakan selama 10 minit saja untuk mencetuskan perubahan pada otak yang dikaitkan dengan punca barah, dakwa saintis, kelmarin.
Akhbar Daily Mail melaporkan, saintis menemui paras rendah radiasi dari telefon bimbit yang mengganggu cara pembahagian sel otak. Pembahagian sel itu menggalakkan pertumbuhan tumor.
Walaupun penyelidik tidak muncul dengan bukti bahawa isyarat telefon bimbit membahayakan, hasil kajian menunjukkan ia mungkin bahaya.
Beberapa kajian sebelum ini tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan tumor otak, atau peningkatan dramatik dalam kadar barah.
Namun, aktivis menegaskan hasil kajian mengenepikan nasihat bahawa peralatan itu selamat. Panduan berdasarkan anggapan bahawa telefon bimbit membebaskan terlalu sedikit radiasi untuk memanaskan otak secara bahaya.
Bagaimanapun, kajian baru oleh Institut Sains Weizmann di Israel menunjukkan radiasi ‘tidak panas’ juga boleh meningkatkan risiko.
Saintis Israel mendedahkan sel manusia dan tikus dalam makmal kepada radiasi paras rendah pada 875 megahertz - frekuensi sama dengan yang digunakan dalam kebanyakan telefon bimbit.
Walaupun radiasi jauh lebih rendah dari pembebasan telefon biasa, ia mula menghidupkan isyarat kimia di dalam sel dalam masa 10 minit, kata penyelidik dalam Biochemical Journal.
Isyarat kimia yang dikesan mereka terbabit dalam pembahagian sel. Penyelidik berkata reaksi tidak disebabkan oleh kepanasan dan mendakwa mereka menemui cara berasingan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Penulis bersama kajian, Dr Ronu Seger, memberitahu majalah New Scientist: “Kepentingan terletak pada sel yang menunjukkan reaksi kepada radiasi telefon bimbit dengan cara tidak panas.”
Walaupun perubahan kimia yang dilihat saintis Israel dikaitkan dengan beberapa jenis barah, penyelidik berkata tiada tanda ia memberi kesan disebabkan barah.
Pakar kesihatan di Universiti Dundee, Dr Simon Arthur, berkata kesan itu ‘berkemungkinan tidak menyebabkan barah.’
Sementara pegawai Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear dan Radiasi di Helsinki, Dr Dariusz Leszczynski, berkata: “Jika telefon bimbit tidak merangsang kesan biologi, ia tidak memberi kesan kepada kesihatan.” – Agensi
Rabu, September 05, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Telefon bimbit mungkin punca barah :: Saintis silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "