/

Rusia uji ‘bapa segala bom’ paling kuat di dunia

MOSCOW 12 Sept. – Tentera Rusia semalam berjaya menguji apa yang digambarkannya sebagai bom bukan nuklear paling kuat yang digugurkan dari udara.

Stesen kerajaan Rusia mengumumkan manifestasi terbaru kekuatan ketenteraan negara ini ketika hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) semakin dingin.

Menurut televisyen Channel One semalam, senjata baru yang diberi gelaran “bapa segala bom” itu adalah empat kali lebih kuat daripada “ibu segala bom” milik AS.

Ujian menunjukkan senjata baru yang digugurkan dari udara itu setanding dengan bom nuklear dari segi kecekapan dan keupayaan,” kata Timbalan Ketua Staf Am tentera Rusia, Kolonel Jeneral Alexander Rukshin.

Berlainan dengan bom nuklear, bom tersebut tidak menimbulkan ancaman terhadap alam sekitar kerana tiada bahan radioaktif dilepaskan, tambah beliau.

Kenyataan itu mencerminkan usaha Kremlin untuk mengembalikan pengaruh Rusia di pentas global dan membina semula kekuatan tentera negara ini.

Moscow memperlihatkan kekuatan senjata terbarunya itu ketika hubungan dengan Washington menjadi tegang disebabkan beberapa faktor.

Antaranya ialah kritikan AS terhadap dasar Rusia yang dilihat kembali membelakangkan demokrasi, bantahan keras Moscow terhadap rancangan pertahanan peluru berpandu AS dan perbalahan berhubung krisis global.

Bom AS, Massive Ordnance Air Blast yang diberi gelaran Mother Of All Bombs atau Ibu Segala Bom telah digambarkan sebagai bom bukan nuklear paling kuat dalam sejarah.

Ia merupakan bom berkekuatan tinggi yang berpandukan satelit dan digugurkan dari udara.

Channel One melaporkan, sungguhpun bom Rusia itu mengandungi kira-kira tujuh tan bahan letupan berbanding lebih lapan tan dalam bom AS, ia empat kali lebih kuat kerana menggunakan bahan letupan jenis baru yang dihasilkan dengan nanoteknologi.

Bom AS itu bersamaan dengan 11 tan TNT tetapi bom Rusia menyamai kekuatan 44 tan bahan letupan biasa, menurut laporan tersebut.

Siaran Channel One menunjukkan bom itu digugurkan dengan payung terjun dari sebuah pesawat pengebom strategik Tu-160 dan meletup dalam satu bola api yang sangat besar. - AP



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, September 13, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog