2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Puasa esok ( 13 September 2007)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok (13 Sept. 2007), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah menerusi siaran radio dan televisyen malam tadi.

Perisytiharan tarikh itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. – Bernama



Pakistan, India berpuasa Jumaat

ABU DHABI: Sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia mula berpuasa Ramadan esok, manakala beberapa negara Islam memulakan ibadat itu sama ada hari ini atau Jumaat.

Libya mengumumkan 1 Ramadan jatuh pada hari ini, manakala Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Jordan mencerap anak bulan semalam tetapi keputusannya setakat petang semalam belum diumumkan.

Sama seperti Malaysia, kebanyakan negara lain, termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, Kuwait, Lubnan Ukraine, Belanda dan Amerika Syarikat, Ramadan bermula esok. Beberapa negara termasuk Pakistan, India dan Maghribi dilaporkan akan memulakan Ramadan pada Jumaat.

Perbezaan tarikh Ramadan kerana ada negara menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan pengiraan falak seperti diputuskan kerajaan masing-masing dan ada juga yang menentukannya dengan melihat anak bulan.

Di Emiriah Arab Bersatu, jawatankuasa melihat anak bulan yang diketuai Menteri Kehakiman, Mohammed Nakhira Al Daheri mengadakan mesyuarat semalam di Jabatan Perundangan Syariah di Abu Dhabi untuk menentukan permulaan Ramadan.

Negara itu mengarah semua mahkamah syariah mencerap anak bulan semalam dan sebarang penglihatan perlu dimaklumkan kepada jawatankuasa pusat.

Di Beirut, Lubnan, masyarakat Islam Syiah di negara itu mula berpuasa esok selepas pemimpin masyarakatnya, Sayyed Mohammed Hussein Fadlallah Jumaat lalu menetapkan perkara itu. Tarikh berkenaan dipilih berdasarkan pengiraan falak mengikut persamaan peraturan saintifik Islam.

Fadlallah yang mempunyai pengikut di kalangan masyarakat Syiah di seluruh dunia berkata permulaan Ramadan di seluruh dunia adalah pada 13 September termasuk negara di Asia Timur.

Bahrain juga berpuasa esok, kata profesor fizik Universiti Bahrain, Dr Waheeb Alnaser. – Agensi



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, September 12, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog