2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Prosedur rawat gangguan tidur

SINGAPURA: Seorang pakar bedah Singapura kini mencatat namanya dalam buku perubatan kerana menghasilkan prosedur lebih baik untuk merawat mereka yang mengalami gangguan tidur.

Gangguan tidur yang dihadapi kira-kira 15 peratus dewasa pada masa ini, mengakibatkan mereka tidak dapat bernafas selama 10 saat atau lebih lama, biasanya ketika tidur.

Ia berlaku apabila saluran udara menjadi terhalang kerana lelangit lembut - bahagian belakang atas mulut - atau otot yang memegang lidah ketika berehat, menyebabkan lelangit jatuh atau lidah bergulung.

Pada masa lalu, gangguan itu boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, strok, malah kematian.

Kira-kira dua dalam tiga pesakit ini mempunyai masalah lelangit, manakala yang lain biasanya mempunyai masalah dengan kedua-dua lelangit dan lidah, kata Dr Kenny Pang, 37, pengarah Pasific Sleep Centre.

Pembedahan standard bagi masalah lelangit membabitkan pengeluaran tonsil dan sebahagian tisu lembut lelangit.

Ujian baru bagi pesakit mengalami gangguan tidur menunjukkan bahagian sebenar saluran udara yang terhalang, seterusnya memperbaiki ketepatan pembedahan untuk membersihkan saluran itu. “Kajian tidur sedia ada boleh memberitahu bila halangan berlaku tetapi tidak menunjukkan di mana ia berlaku. Seterusnya pembedahan mengeluarkan sebahagian tisu dilakukan terhadap bahagian yang menghalang tekak tetapi ia tidak melebarkan bukaan sebenar tekak,” kata Dr Pang.

Prosedur yang dilakukannya dikenali sebagai ‘Pang's Expansion Pharyngoplasty’ juga mengeluarkan tonsil dan sebahagian tisu dari lelangit lembut.

Sebagai tambahan, otot tekak di belakang mulut ditarik ke atas dan ke depan dan kemudian dijahit dengan lelangit lembut, seterusnya menegangkan otot, melebarkan bukaan tekak.

Prosedur yang dilakukannya berjaya ke atas 86 peratus pesakit gangguan tidur yang dirawat berbanding 68 peratus mereka yang dirawat secara konvensional.
try , Rabu, September 05, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog